Thursday, January 23, 2014

Penagih


semalam aku bermimpi bertemu kekasih gelap, tapi waktu itu terang. rasa dingin tapi tenang. cuma tak setenang bila mana dia jauh dari pandangan. kerana bila dekat semuanya jadi kelabu, haru biru, jadi bodoh, kaku seperti sebuah batu kapur. nampak keras tapi mudah rapuh. tapi aku biasanya tak seperti itu.

tahu.. betapa indahnya rasa yg kita miliki ini. terlalu hebat utk di hurai. ada kala kita sendiri tidak mengerti apa yang kita rasa. rasa cinta, sayang lahir dari dalam. tumbuh subur menjadi pepohonan hijau. berbunga bunga dan sukar di ramal. ada kala sedih, menangis sendiri.dan cinta ini tidak memilih paras rupa, tidak mengenal harta, tidak pedulikan sesiapa. kita hanyut dalam arus. adakala lemas, terbabas, tewas. tapi aku masih waras.

cumanya kesilapan kita satu; menagih cinta hanya pada manusia. sedangkan ada lagi cinta yang lagi asyik, hebat dan pesona. cinta yang menjamin kebahagian hidup. sedikitnya rasa cukup, susahnya terasa senang. kita asyik mengadu pada kekasih hati yang belum tentu mendengar dan membantu. kita lupa pada kekasih yang satu. bila sakit barulah teringatkan dia, bila susah barulah mencari dia. syukur; kerana dia maha pengasih dan maha penerima taubat. masih mahu menerima kita yang tak pernah setia, sering khianati janji yang kita lafaz setiap hari. moganya kita belum terlambat untuk menyemai benih benih cinta pada dia. kelak nanti berbunga indah, semerbak wangi.

akhirnya, suara azan menyedarkan aku dari mimpi panjang, dan terlihat kekasih gelap dahulu masih terbaring di sisi. sentuhan lembut di pagi yang damai itu menyedarkan dia, mungkin membangunkan dia dari mimpi yang sama. aku memimpin dia. sujudku mengharapkan cinta dan kasih. rintihan dan harapanku mendambakan rahmat. dan dia masih setia di belakang aku sambil menadah tangan pinta di perkenankan hajat. moga aku dan dia sama sama mengapai cinta hakiki. abadi.

kini, kekasih gelap sudah bertukar wajah. terima kasih pencuci muka.


1 comment:

shameel Iskandar said...

kita sering terkeliru antara cinta utama dan cinta pertama.

Selamat kembali menulis sahabatku.