Friday, March 26, 2010

LUKA TERCALAR





Kesakitan penderitaan
Tubuh tersiksa menanggung ujian
Luka tercalar mengalir darah
Pedih terasa hanya sementara
Carilah penawarnya
Balutlah setiap luka
Nantikan sembuh seperti biasa
Kembali seperti sediakala

Namun kini hatiku yang terluka
Di mana nak ku cari penawarnya
Walaupun pedih terpaksaku tahan
Walaupun pahit terpaksaku telan
Terasa bagaikan tak terdaya
Untukku teruskan kehidupan

Lantas aku teringat
Pada sabda baginda
Ingatlah Allah hatikan tenang
Berdoalah mohon kedamaian

8 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

bdoalah...itu ubat paling mujarab ;)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

jadi berdoalah...

Cik SHiN~JU said...

salam...
nape sedih benor sajak nih...:'(

Kunang-Kunang said...

Salam ziarah si para-para

Semoga terus tabah.

Pacifist said...

seorang ulama salaf ada menukilkan"
dunia ini adalah kerisauan dan dukacita, jika terdapat kesenangan di dalamnya, itu bererti keuntungan"

devoted lily said...

berdoa..
Allah sentiasa mndengar doa hambaNYa

annfrendly said...

kesakitan mengajar erti ketabahan..

sya ar said...

*thumbsup*