Tuesday, April 27, 2010

AKHIRNYA KEKUSUTAN ITU TERJAWAB


kotak hati kau ranapkan
setelah aku hadiahkan kepercayaan
dirimu diriku satu
ibarat isi dan kuku
tiada istilah ragu
tapi kini tiada lagi

umpama sehelai kertas putih
tertulis erti persahabatan
tiba tiba engkau gengam renyukkan
di saat kau geram
kau lakukan sesedap rasa
tak ubah seperti si gila

dan kini engkau bentang kembali
mencari erti yang tertulis
kau pulangkan semula padaku
tapi sayangnya ia tak seperti dulu
walaupun sama tapi tak serupa
kesannya tetap ada

seperti simpulan tali
berselirak di dalam fikiran ini
kau cuba uraikan
tanpa mencari hujung pangkalnya
makin di rungkai semakin kusut
menambahkah beban yang berserabut

bagaikan dua bangkai reput
kau cuba sembunyikan di dalam hati
aromanya merebak kesan kemari
hendak kau salahkan siapa?
bila di suruh buang tapi kau simpan
dapatkah kau tahan?

apa yang cuba kau sembunyi
hingga ketenangan ini menjadi kucar kacir
makan mandi tidur tak lena
seribu persoalan penuh tanda tanya
bila di tanya engkau gelengkan kepala
apa semua ini?

akhirnya kabur itu semakin jelas
yang di tanam muncul menghantui
baru engkau mengaku
cuba menegakkan benang yang hitam
tapi sayang...tiada gunanya lagi...





berkata benarlah walaupun pahit...






14 comments:

Cik SHiNJU said...

Kemaafan adalah dendam yang terindah... :)

sugar2 kapas strawberry said...

bila kawan tikam belakang sakit tu lebey dr org putus cinta

Unknown said...

SAJAK ni mcm ko kecewa dgn pmpuan jer bro? ko putus cinta ker?? hehehhehe jgn risau bro bunga bukan sekumtum... heheh

Ice Juliette said...

cam sdeyh, pedih n perih je kali ni..
nape ni?? ermm..
pape pon.. tka harap para sntiase shat n ceria slaloo k..

si para para said...

sugar2 kapas strawberry

betol..mmg sakit...
tapi kes ni org yg kita angap sbg kawan..yg kita percaya..tapi tipu kita bulat bulat...libatkan sama dalam masaalah yg tak tahu punca....

si para para said...

Cik SHiN~JU

betol2...maaf itu berharga...
tapi mcam sehelai kertas yg kita 'gumpal' bila dia marah...
lepas tu dia mintak maaf dan buka balik kertas yg dia gumpal tu..
msti dah tak sama kan...err faham tak ni..hehe

si para para said...

NICK IRFAN

hehe bukan nick....ni member punya pasal..kita yg terlibat sama...adoyaaaa

si para para said...

ice juliette

emm tgh kechewa dgn sikap sesetengah 'kawan'....
thx tika!

Ice Juliette said...

ada hikmah di sebalik semua yg berlaku...

wlcome.. smile owez k..

si para para said...

ice juliette

betol2....bila benda tu berlaku, baru kita tahu mana satu kawan mana satu 'kawan'

yulley said...

ape2 pn hdup ssh tnpa kwn..
2la hakikat nya..
lain la klu kita blh berdiri diatas kaki sndiri...

piewahid said...

lepaskan lah sgala resah & kecewa dan selepas beberapa ketika, senyumlah kembali...:)

Anonymous said...

wah pedihnya...
sabar ye...
kuat....

Norgadis said...

Kisah benarkah ni?
Ianya sebuah puisi yang cukup baik.