Monday, April 19, 2010

CUBALAH BERTAHAN



ada apa pada rupa kehidupan
andai hati di hiasai dendam
bila di simpan menjadi racun dan duri
membunuh diri di dalam diam

walaupun lidah mampu membunuh
cubalah bertahan seteguh gunung
jangan hiraukan ribut dan taufan
apa yang datang di balas senyuman

api yang menyala takutkan air
siramlah ia dengan waspada
sekeras batu akhirnya hancur
menjadi subur seperti taman

umpama raja megah bertakhta
terasa dunia dia yang punya
lupa terleka pada kedaulatan
bila jatuh baru terjaga

hari akan silih berganti
pasti tiba hari yang terakhir
usah khuatir pada yang maha adil
sebesar zarah pasti di kira

7 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

mendalam ayat2 tue...

piewahid said...

"jangan hiraukan ribut dan taufan
apa yang datang di balas senyuman"

kena tambah ilmu dlm soal bersabar ni...

Azah Rahaman said...

hmm , tak paham laa ngan sajak neh..

sugar2 kapas strawberry said...

yeah..bertahan la..
Tuhan tu maha adil dan berkuasa..
sabar itu separuh dr iman... ;)

(ape nth sy mgarut) ;))

Frodo Baggins said...

ribut datang ...
hadapi dgn senyuman
phewwwww ~ sukarnya ..


hahahhaha


>>____<<

myQza said...

kita pasti tiba ke penghujungnya

Melatidaisy said...

bersabar dengan apa yg tiada, redha dengan apa yg tiada..bersabarlah selagi terdaya kerana janji Allah itu pasti :))