Tuesday, April 13, 2010

TERIMALAH AKU



rantaian tasbih masih belum berakhir
terkumat kamit mulut sedang enak berzikir
kerendahan hati dari insan yang fakir
masih lagi fikiranku terbayangkan dunia

suatu detik diriku tertanya tanya
dia yang mengejarku atau aku yang mengejarnya
sedangkan aku tahu hayatku dan dia sementara
apa yang aku cari sebenarnya

dalam berdiri khusyuk bacaan ayat di alunkan
rukuk dan sujud ini penuh rasa keinsafan
terkadang air mata turut sama berlinangan
tapi masih lagi fikiran ini melayang layang






diri inikah yang mendambakan syurga Mu....





oh jauhnya aku........




namun...





diri ini tidak putus putus berdoa
dalam lalai dan sedar....






kerana aku tahu....
rahmatMu mengatasi segala galanya....








Ya tuhan....terimalah aku....


10 comments:

Ice Juliette said...

miss u..........


sgt tersentuh nan luahan en.fauze..
^^

terimalah aku........

Unknown said...

sajak ko perghh!!! terbaiklah... lama x nmpk bro?? bz ker?

Amirah Rashid said...

hanya Allah SWT tmpt kite memohon :')
anyway, nice post :)

sugar2 kapas strawberry said...

cm lagu nasyid tu,rsa x layak ke syurgany..tp xplk kita sanggup ke nerakany kn..

gReeN iS pEAce said...

aminn..

terokai seni said...

malu nak berdoa ke hadrat Allah sebab banyak dosa, tapi Allah Maha Pengampun Dia suruh kita minta taubat kepada-Nya

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

doa ni buat semua ye..
amin..
mohon keberkatan dr NYa setiap detik langkah kita di muka bumi sementara ni..

shameel Iskandar said...

adakalanya kita mendekati-Nya apabila hidup disapa musibah. adakala kita menghampiri-Nya bila duka menyimbah ruang-ruang hayat.

Melatidaisy said...

subhanallah..nice words.. :)

hans said...

entry yang menyentuh hati