selalu sahaja langkah ini terhenti
saat fajar mula menyinsing
hati redup di tiup bayu senja
mata berlinang dan berkaca
seharian sudah aku lalui
menghitung nasib seorang diri
adakah amalan untuk ku bawa kesana
menempuh esok hari yang panjang
hari ini sudah berlalu lagi
kini bulan mengintai bumi
dan aku turut sama memerhati
merenung jauh ke sudut sepi
dalam hati ini berkata;
aku takkan selamanya disini,
esok lusa mungkin aku kesana,
apakah nasib aku di sana....
kata kata dari pencipta alam...indah dan penuh makna..cubalah kita ambik sikit pengajaran dari ayat ni...
semoga ada benih takut dalam dari kita yang akan bercambah dan bertunas seiring dengan masa..
[1] Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang.
[2] Dan bulan apabila ia mengiringinya.
[3] Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata.
[4] Dan malam apabila ia menyelubunginya dengan gelap-gelita.
[5] Demi langit dan Yang membinanya dalam bentuk yang kuat kukuh, yang melambangkan kekuasaanNya.
[6] Serta bumi dan Yang menghamparkannya untuk kemudahan makhlukNya.
[7] Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya.
[8] Serta mengilhamkannya untuk mengenal jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada bertaqwa.
[9] Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih, bertambah2 bersih dengan iman dan amal kebajikan.
[10] Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu, susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat.
[11] Ingatlah, kaum Thamud telah mendustakan Rasulnya dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas.
[12] Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat.
[13] Maka berkatalah Nabi Soleh kepada mereka: “Janganlah kamu ganggu unta betina dari Allah itu, dan janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat air minumnya supaya kamu tidak ditimpa azab!”
[14] Setelah Nabi Soleh memberi amaran lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka sehingga punah-ranah semuanya.
[15] Dan Allah tidak hiraukan kesudahan mereka yang demikian, kerana itu adalah balasan yang adil.
(Surah Syams)
6 comments:
insaf jap
teringat lagu "Demi Matahari".
ada nyanyi masa pergi kem sekolah dulu.
sayu sgt.
Masalahnya kesedaran diri saya adalah bersifat "YoYo".Ada masa sedar & ada masa lalai..
Karikatur
"Demi matahari dan sinarnya di pagi hari, Demi bulan apa bila ia mengiringi, Demi siang hari bila menampakkan dirinya demi malam apabila ia menutupi....demi langit berserta seluruh binaannya demi bumi serta yg ada di hamparannya demi jiwa dan seluruh penyempurnaanya"
suka lagu ni...
surah matahari
nice...
Post a Comment