Tuesday, February 8, 2011

CAIRKAN HATI INI



malam ini hujan datang menangis
mungkin kerana menyesali sesuatu
aku cemburu..
mengapa aku tidak sepertinya...
menangisi segala dosa.

aku biarkan masa berputar..

pagi itu aku terjaga
embun datang seperti biasa
ada air di kelopak matanya
jernih suci..
mungkin sedang bersedih hati
aku cemburu lagi
mengapa aku tidak sepertinya
aku kecewa

aku terus melangkah pergi

aku berbicara pada sungai
tapi dia diam membisu
di pipinya mengalir laju
air yang tak pernah kering
aku buntu
mengapa aku tidak sepertinya
menyesali setiap kesilapan

aku rentasi benua

bertemu dengan salji yang membeku
kerasnya mengalahkan batu..
aku terasa...
mengapa hatiku seperti dia...

aku terhenti di situ
lututku lemah tubuhku longlai
hati ini merayu padaMu
Ya Allah..
cairkan hati ini...
seperti mereka yang kau kasihi...






16 comments:

ghost said...

panaskannya dengan ibadah dan kekesalan pada kesilapan lalu..

pasti mencair dan kau akan merasai nikmatnya...

yatie's EPISODE said...

Insyaallah, semoga kita semua dicairkan hatinya.(:

white rose said...

cair?
panaskan dengan api la...

takpun kau jemur ditengah2 panas,
lama2 cair laaa...

"sekeras mana hatiku, dapat dilembutkan dgn bait2 AL QURAN & ZIKRULLAH..."

Nora Shahaira said...

teruskan berdoa,
moga sentiasa terbuka,
jalan ketenangan di sana,
di sisi Dia yang Maha Esa

Wuucin said...

syahdu nyer ;)

Anonymous said...

Assalamualaikum

layarkan keinsafan..amin.

Miecyber said...

Allah itu maha mendengar...

Apa itu Skim Cepat Kaya ?

Wahidah said...

amin...cair jap bace syair si para2 kali ne...i'm melted...:P

Mr. Swift said...

Thank you for this post. U make me smile. :)


Mr. Swift Currently Posted : Email Kontroversi Dari Lisa Surihani!

A.s.t.i.n.a said...

Saat hatiku cair bagai menangis..
Umpama hujan gerimis..
Tawadduk padaMu persis..

Sedarkanlah diri dari khayalan..
Ya Ilahi taubatku penuh sesalan..
Terbitlah sinar keimanan...

Moga hakiki yang tersirat..
Saat meniti titian kudrat...

fyna ahmad said...

nice words..




jom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

mie said...

wow!!!
sungguh puitis..
eheheee

hamzah ian said...

jiwang eh

terokai seni said...

dah brapa hari langit tak menangis

The Norah said...

setiap yang indah bukan mudah untuk didapatkan
dan percayalah duka itu jambatan menuju bahagia
jika kita pandai bersyukur
insya'Allah...;)

cik fiza said...

pic tu cantik...