Thursday, February 17, 2011

GENGAMLAH TANAH TUMPAH DARAHMU



berlegar bintang di kepala saat anak mata cuba untuk menangkap cahaya.. tersentak dari mimpi yang panjang bila aku dan engkau di permainakan kesetiaan dan nilai percaya.. kerana aku dan engkau ini mudah menyerah diri pada jerung yang sedang terbuka luas mulut untuk menelan apa sahaja.. heii ini tanah tumpah darah aku dan engkau.. di tangan ini masih ada azimat yang mampu merubah warna warna pudar.. jangan persiakan !!!

sudah masa berlalu begitu lama.. saat nenek moyang engkau dan aku masih ada lagi di sini... mereka turut tertipu sama.. tapi tidak mengapa kerana warna hitam dan putih pada waktu itu mudah membuatkan mereka sukar untuk memilih.. kerana hutang budi yang tak bisa di balas, lalu masa depan bakal anak engkau dan aku di biarkan terbabas.. tergamakkah tangan suci itu membunuh mereka dalam diam?

minda ini berlapik lapik hitam dan putih.. berselang selang buruk dan baik sehingga menutup hati... biarpun di curah peluntur tapi karat itu tak bisa hancur... sedalam hatinya yang teguh dengan ketetapan, tiada siapa yang mampu mengubah selain dirinya sendiri... begitu juga dengan hati ini, sesekali takkan terguris walau seribu arahan yang kau garis.. aku tetap dengan tali dan fikiran yang waras... takkan berganjak.. takkan bergerak walau setapak.


JOM TERJAH BLOG NI  Alief si Muncung Manis... ada tips best..hehe

10 comments:

Nadia Mashuri said...

mendalam nya..

Wuucin said...

Merdeka! huhuhu

aLieF si Muncung ManiS said...

mana dpt ayat2 bombastic ni??alief suka ayat "biar dicurah peluntur tapi karat itu tak bisa hancur"..huhu...and thanx...sbb backlink blog alief.ade ke org dtg baca??tips2 semua ngarut..hahaha..thanx again bro...saya hargai sgt2..thanx bro...keep in touch..selamat berkawan..

ghost said...

semangat itu yang kita patut cari..bukan mudah untuk pertahankan prinsip kita senadainya masih terpengaruh dengan anasir2 yang tidak sepatutnya...

misslovalova said...

patriotik ni . ehehhe . bagos2 ! i like this :)

Unknown said...

menarik ayat2 dlm ni

. said...

bolehkah digenggam? sekuatnya ku mengenggam. akhirnya ku cuba lepaskan dengan mata yang terbuka melihat kedepan untuk masa yang cerah, tetapi cerahnya dimasa hadapan itu tidak bergantung pada sesiapa, buruk dan baik sesuatu itu tidak akan nampak selagi kita tidak mencuba.

chewah. satu tahap penulisan yang cukup matang cukup buatku menjadikan sumber ilmu untuk melekat diminda.

Raden said...

nk nyanyi lgu negara ku smbil lukis bendere

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

semangat sungguh malam nieh...

A.s.t.i.n.a said...

andai perlu menginsutlah sedikit untuk menggapai yang tidak tercapai...