Aku pasti dan yakin kebanyakan daripada korang dah tonton cerita tu kan..tadi aku baru habis khatam cerita HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH ..aku tengok dalam youtube je...bagi aku cerita tu sarat dengan maksud tersirat...cuma dalam entri ni aku nak petik satu pengajaran yang ada dalam cerita tu...
hidup berjiran... acap kali mereka sebut pasal jiran..tatkala semangat kejiranan semakin luntur di negara kita memang elok sangat mereka membuat "lawak pedas" agar kita semua sedar pentingnya semangat kejiranan di terapkan dalam kehidupan seharian..
dalam islam sekali pun amat menitik beratkan hidup berjiran...kalau tidak mengapa rasulullah menggesa umatnya sepaya berbuat baik dengan jiran..
Rasulullah Saw bersabda :
Bermaksud ; " Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka ia hendaklah berkata akan perkataan yang baik atau ia diam. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya ".
Bermaksud ; " Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka ia hendaklah berkata akan perkataan yang baik atau ia diam. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya ".
lagi Rasulullah Saw telah memberi peringatan dengan sabdanya :
(hadis di riwayatkan oleh Bukhari)
Maksudnya ; " Bukanlah dari kalangan orang yang beriman, apabila ia dalam keadaan kenyang, sedangkan jirannya dalam kelaparan ".
(hadis di riwayatkan oleh Bukhari)
Maksudnya ; " Bukanlah dari kalangan orang yang beriman, apabila ia dalam keadaan kenyang, sedangkan jirannya dalam kelaparan ".
jelas bukan...jadi kita sukat sendiri di mana tahap kita dan mulalah lakukan perubahan...jangan jadi macam dalam cerita HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH, jiran gila pun tak tahu...tuan gaji mati pun tak tahu..tak nak la jadi macam tu kan...walau pun itu cerita, tapi dalam realiti kehidupan kita pernah terjadi..tengok sahaja berita..penuh dengan cerita bunuh..rogol...curi..rompak...salah satu sebabnya jiran tak ambik peduli apa yang berlaku...ambik peduli tu bukan bz body ye..ada beza tu...
ok sebenarnya aku tulis pasal ni sebab tadi jiran aku ada hantar makanan kat aku..maklum la aku kan hidup bujang sorang sorang..hehe sangat perihatin kan jiran aku tu..err korang jangan jeles ye...kalau korang nak rasa jugak, apa kata korang yang mulakan dulu bagi makanan kat jiran sebelah..kalau jiran sebelah tu ada anak dara atau teruna cun, kira satu bonus la tu.hehehe
p/s: errr bekas kosong ni nak kena balas balik ke eh...?
21 comments:
Bujang kan? ak perlu balas..
andai dibalas dengan isi kompom jadi menantu harapan... (read: bekas tu ttp kena bg balik utk makanan seterusnye)
pelawok pelawok pelawok pelawok :D
dia memberi kita membalas. hohoho.
eh... bukankah td da komen niiiii?
ok ulangan..
Bujang kan? maka tak pyh balas balik.. kalau balas nanti bisa jd menantu yg diharapkan... bekas wajib bg balik utk hidangan seterusnya...
andai tak sama komen td halal ekkk
hikhik, samerlh, baru abis tgk smlm, kelakar tgk usop tu
@A.s.t.i.n.a
menantu harapan.hehe ada peluang ni.haha da tumbuh tanduk
@June Flizzow
haha tok bomoh tu memang sorang yang pelawo..haha
@khairul hisyam
betul tu..orang berbudi kita berbahasa.hehe
@A.s.t.i.n.a
sory..ada kesilapan ternikal sikit tadi..
@Ayuni
usop si sotong tu ke..hehehe memang lawak..ada pengajaran..
hahaha.. rasa nya jiran kat tempat awk je yg baik dengan org bujang... kat tempat kita ni... huhuhu sodeh eden..
@AizA
lor nape cam tu..meh pindah duk sini..kita berjiran..mseti tak sedih lagi.hehe
beruntung lar ko ada jiran bagi makanan.tak yah lar ko susah2 masak ek..
mmg sgt perlu berbaik2 dengan jiran sbb merekalah saudara terdekat kita.. untungnya dpt jiran yg pemurah mcm tu.. tak balas pun takpe.. yg penting kita pandai berbudi bahasa dgn mereka..
sengal...
tgk byk kali...bayk kali gak gelak..hehehe
aku selalu dapat jiran yg xbaek...
cita hantu yg best!
haha jiran sebelah menyebelah payah nak kenal skrg, keluar rumah sebelum matahari naik, balik dah xda matahari... pintu berdepan pon xtemu muka. haih~
rumah kg boleh la tahan sket.
bg biskut pun dah ok...
mina pun tgh menunggu jiran pulangkan pinggan mangkuk yg tak dipulang2 kan lg ni...ish2...hehehe
Cara balas> pulangkan bekas dia tu bubuh la makanan dari kau sekali.
Cara balas> pulangkan bekas dia tu bubuh la makanan dari kau sekali.
Post a Comment