Wednesday, February 16, 2011

TIADA JAWAPAN YANG ADA HANYALAH PERSOALAN



terhenti kata bagai di panah halilintar memancar.. hingga hati ini menjadi redup untuk bersuara... seperti hilang suria fikiran ku gelap tiada idea...hampir saja air mata ini menitis menyambung hujan semalam...aku sedar diri ini cuma sekecil manusia..ibaratnya kuman terbang ke sana ke mari di tiup angin...

tapi aku masih ada senyuman manis untuk ku tutup seribu lara di jiwa...aku punya hati yang bisa di robek dan di ubati semula...biarkan parut itu menjadi penghias hidup di hari muka..agar nanti aku bisa kenang kembali..suka duka hidup sebagai perantau di tanah orang..aku rela...

mungkin juga hari ini sebagai petanda..agar aku lebih pandai menyusun kata...kerana aku sentiasa yakin juga percaya apa yang di kata orang orang lama..terlajak kata buruk padahnya...atau aku memang tidak pandai untuk mengambil peluang...bertanya pada masa yang mememerlukan...

izinkan aku bertanya seketika..salahkah aku bertanya apa yang belum aku jelas ertinya...memang benar aku tak mengerti apa yang terjadi...kerana itulah aku meluah apa yang terbuku di hati...bukannya untuk aku bangkang sana dan sokong sini...aku perlukan jawapan...


p/s: tadi aku bertanya..tapi dia marah aku..dia cakap aku tak tahu apa apa..memang la aku tak tahu..kalau tahu aku tak tanya..tak pe..aku terima...

11 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

aku juga suka bertanya...

Anonymous said...

bertanya mesti pada tempatnya.. bertanya mesti kena waktunya.. bertanya mesti kena dengan orangnya... susah sangat jangan tanya.. hahaa...gurau je... kekeke

KUREKURE COMEL said...

org tu xtau nk jwb...
nk cover tu mrh2...

sbr ye....




p/s:awat si parapara mcm byk berfikir ye akhir2 ni...huhuhu..

ghost said...

siapa yang telah memarahi kamu si para-para?

cool ok..ada masanya persoalan itu pasti terjawab.

ghost said...

adakah kita sudah tahu apa kisah kebenaranya tentang submarine yang baru dibeli itu...kita masih baru berkecimpung dalam soal submarine dan latihan serta penyelengaraan mesti dikuasai dengan betul dan teliti supaya ia memahirkan para navy dalam mengendalikannya.kalau kita beli yang baru berlipat kali ganda harganya dari yang ada sekarang sedang kita belum menguasai sepenuhnya..maka kos selepas itu kalau rosak akan lebih tinggi kerna kita harus menghantarnya ke luar negara..pembelian itu kalau tak silap dibeli di sweden.

apa kapal terbang kita yang hebat...?tiada yang hebat bewrbanding negara lain malah negara miskin lebih hebat dari yang kita punya...kalau di internet itu sebenarnya masih boleh dikira tidak benar kerna sistem pertahanan udara kita masih dalam konteks 'confidential' dan tidak akan digemburkan pada dunia luar demi keselamatan pertahanan negara.dan kalau ada yang dihebahkan itu cuma untuk menutup sebahagian darinya.kita takkan jadi bodoh dengan menayangkan kekuatan udara kita untuk memudahkan negara lain ketawa dan mampu mengatasinya...

kecurian itu kes yang terpencil aku fikir kerna saja enjin itu hanya dalam simpanan dan ia dibesarkan seolah kemampuan enjin itu terlalu besar.ia boleh dikatakan RSG atau TEB dan orang yang menjualnya bukan keseluruhan dari pertahanan tapi orang perseorangan yang berkepentingan diri.enjin itu bukan dicuri tapi menjualnya dengan cara yang tidak betul.

kepentingan politik telah meletakkan pertahanan negara dalam keadaan yang 'bocor' sistem maklumatnya..tidak kah kita terfikir bila pertahanan sudah tidak imun dan mudah dimasuki oleh sistem lain dan disebarkan menjadikan pertahanan itu cuma boneka dan perhiasan di mata negara lain kerna kepincangan yang ada...sapa lebih bodoh?kita sebagai rakyat atau pemimpin?tidakkah negara seperti singapura yang memperluaskan sistem solar mereka lebih mudah menembusi sistem pertahanan kita dan ketawa mengejek kelemahan kita..?

berapa besar bajet yang diberi pada pertahanan...ciput beb.

si para para said...

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫

bertanya itu salah satu cabang dari menuntu ilmu :)

si para para said...

@Cekodok

betul tu..tiap hari adalah hari untuk memberi pelajaran kepada kita..betuk kan..hehe

si para para said...

@KUREKURE COMEL

betul...pelik jugak ni...dalam kepala banyak lagi..hmmm rasanya dah lain macam je sekrang..

si para para said...

@ghost writer

ok GW..cuba cool walau di panas terik :)

terokai seni said...

banyak bertanya nanti banyak le tau walopon orang yang ditanyai buat tak tau, sekurang-kurangnya kita tau dia sebenarnya tak tau hapa ponnnn

si para para said...

@ghost writer

kesimpulan yang boleh aku buat, pertahanan negara kita sangat lemah..
dari segi senjata / peralatan..kita masih jauh kebelakang...

tapi dari segi anggota / tentera aku tak berani cakap...aku rasa tentera kita berani..atau mungkin jugak sebaliknya...

apa yang perlu kita harapkan ialah ketua kita dapat memimpin negara dan menaik tarafkan sistem pertahanan kita..

jika ketua kita tidak boleh di harap, kita tegur dan nasih..kalau tidak boleh jugak, kita tong sampahkan dia..