Tuesday, March 22, 2011

AKHIRNYA

dalam hujan


melangkah pergi dalam derai hujan menutup titisan jernih di mata ini. seakan berat kaki ini melangkah. mahu sahaja aku pergi dari sini selamanya. rasa hiba begitu menekan dada memaksa nafas yang dalam di hela. memang aku tidak menjangkakan semua itu. dan memang aku tidak mahu semua itu berlaku. tapi apakan daya. aku cuma insan yang lemah dan tak terdaya untuk mengukir senyum kepada mereka sehinggakan senyum di bibir sendiri melayang pergi.

segala pertimbangan telah aku lakukan. kerana waktu yang menekan membuatkan aku bertindak sedemikian. mungkin keputusan itu membuatkan hatimu koyak rabak. memang sukar untuk engkau menerimanya bila  mana engkau orang yang cuba berusaha menjernihkan suasana. aku akui apa yang engkau  lakuakan itu. namun perkiraan aku cuma selangkah. rasa belas itu menjeratkan aku. aku lemas. tidak sedikit terdetik diri ini untuk membelakangimu. aku menjadi mangsa. tewas pada rasa yang pernah aku rasa.

memang benar. segalanya telah terbukit. kesilapan kata membuatkan semunya berubah makna. aku sendiri tidak mengerti mengapa kata itu yang lahir dari bibir ini. aku leka. jika sekiranya engkau tahu betapa sulitnya aku di saat itu, pasti engkau turut sama bersetuju dengan apa yang aku lakukan. atau mungkin saja aku ini ego tidak mahu mengalah. jika benar begitu. maka akulah orang yang rugi satu hari nanti.

maafkan aku. aku sesali apa yang berlaku. aku tahu kau takkan lupa setiap detik masa itu. tak mengapa. ingatlah. mungkin ingatan itu nanti yang akan mengingatkan engkau. bahawa aku pernah hadir dalam hidupmu.




mood masih mendung. 
perlukan masa untuk berdiri semula. 
tapi aku janji tak lama. 
sekejap cuma.


ini bukan cerita seorang  kekasih kecewa dengan kekasih hatinya. ini cuma cerita yang jarang berlaku. aku abadikan di sini.

10 comments:

. said...

kenapa dengan kamu? aduh. sungguh ramai patah sayap untuk terbang.

zati embong said...

entry 2..seolah2 apa yg bf jat yg tuliskan utk jat

sebak sgt2.benda yg sama ke dia nk bgtahu jat skrg?yg mmg hub kitorg xde ape2 harapan lagi?

Nadia Mashuri said...

samalah kita..
bermood mendung..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

cari semangat dalam diri..hidup mesti terus

Wuucin said...

moga suria kn muncul menerangi bumi.. menyuburkan alam ;)

KUREKURE COMEL said...

huwaaa....jgn la mood mcm ni.....

mina pulak rasa termasuk dlm mood mcm tu.....huhuhu....




cepat2 pulih....kejam ni...hehehe...

ghost said...

terlajak langkah boleh berundur..

terlajak kata biarkan saja..

tiada apa yg mampu dibuat selain menunggu reaksi.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ambik la mase...
sebanyak mane...
asal mampu berdiri semula...
ahaks...

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

kata orang
"every minute of happiness , there will be 60 second of sadness"

gembira itu lawannya sedih...
its all about balance. selepas ini siapa tahu..kau pasti jadi org paling bahagia.

Keyyah said...

jgn mendung lama2 ye..meh Keyyah tolong tiupkan awan mendung 2 jauh2...hehehhehe