Sunday, March 20, 2011

MAKSUD YANG TERGANTUNG

pudar


lupakan kisah semalam yang memberatkan fikiran. kerana hari ini sedang menanti untuk di isi. walau sehebat mana dugaan datang silih berganti. hanyat jasad ini yang tanggung sendiri. aku mengerti. ujian ini untuk menguji.

waktu reda hujan dan panas tiada. tersimbah senyum kaku di bibir. memang benar senyuman itu mahal harganya. tapi mengapa ada yang bisa mencatas sisa sisa tawa. dan bibir itu kembali kelat. aku membisu. dan engkau mengejek.

inilah sebahagian kehidupan yang telah aku lalui. dan perjalanan kita berbeza. tapi duri dugaan yang harus kita tempuh tetap sama. bergantung kepada waktu tempat dan keadaan. kita di ajar untuk sabar... sabar... sabar...

dan sabar itulah yang terbaik jika kita mengerti.

kini aku sedikit kelu. dan baris ayat menjadi beku. mengkin di sini sudah sampai ke penghujung. tidak seperti waktu aku bermula dahulu. dan ini membuatkan aku mengerti. tiap yang bermula pasti akan berakhir. namun aku masih belum mahu berhenti lagi. biarkan sepi di sini. asalkan masih ada tulisan yang terpancar. walau hanya sepasang mata yang melihat. aku rela.

nafas berat di hela panjang. melihat dinding di hadapan yang memisah. aku cuba memandang menembusi tembok itu. dengan harapan dapat aku baca apa yang tersurat di balik kata sendiri. aku memahami. ada sesuatu yang cuba aku sembunyi. ada kata yang aku lindungi. di sebabkan itu ayat ayat ini jadi terbatas. aku tidak mahu ia terbabas.

andai tersilap dan tersalah kata. mohon sahaja aku hulur sepuluh jari kerdil. walau sedikit terpalit selut. maafkan aku setulus rasa. andai kata ini tiada erti. mohon maaf atas pembaziran waktu. sememangnya aku semakin buntu. buntu memikirkan sesuatu.


berkecil hati pada diri sendiri.
bagai lautan tak bertepi.



sekadar termenung di sini. semoga aman di sana...

21 comments:

NasQ said...

semua akan temui penghujungnya...itu pasti....

KUREKURE COMEL said...

buat debar je si parapara ni...
ishhh....jaga diri molek2....



jgn duk termenung ye...buat something yg ok....huhuhu...

white rose said...

Tuhan kan ada, mengapa perlu buntu?
bersamalah dengan DIA, DIA akan tunjukkan jalan buat mu...

jangan berputus asa, kelak dirimu yg kecewa...

ghost said...

dan sabar itu sebagai langkah terakhir untuk melihat sejauh mana kemampuan diri dalam menghadapinya.

kiwi said...

klau hari smlm sush nk lpe..cmne tu..huhu

si para para said...

@Nasriq

pasti..tapi aku masih lagi leka...

si para para said...

@KUREKURE COMEL

:)
cuba untuk bernafas semula..

si para para said...

@white rose

betul..banyak lupakan DIA..tapi DIA tak pernah lupa.

si para para said...

@ghost writer

sabarku dengan air mata....
masih mengumpul sisa sisa kekuatan.

si para para said...

@kiwi

kenang saat indah di hari semalam. mungkin dapat melupakan saat yang duka pada hari semalam.

kiwi said...

klau kenang saat indah nti lg sedih..hehe..x ap la..its okay..

skandaLdariLangit said...

si para2 mbuat ska bkeluh kesah risau dengan kenapa di sini?

mungkin begitu rasanya sahabat melihat ska 'sakit' manahan dugaan.

sabar. mari bersabar bersama.

dan.

datanglah selalu.

luahkan apa yg beku di sana.

tidak mengapa~

Unknown said...

para-para yang pasti kamu kuat bukan:).masalah ke apa ke bukan persoalanya.yan penting cara kamu atasinya:)

si para para said...

@kiwi

emm betul..tapi sekurang kurangnya dapat mengubat hati yang pedih.
:)

si para para said...

@skandaLdariLangit

:)
akan cuba lagi..sampai mati..

si para para said...

@echah mashuri


betul..trima kasih ye echah..

white rose said...

u can do it bro...
jangan berputus asa...

masih ramai yg lebih menderita dari mu...

belajarlah menerima kenyataan & belajarlah membina keyakinan diri...

takkan ada kerugian sekiranya dirimu tekad mengatasinya...

Unknown said...

menarik setiap susunan ayat dalam entry ni.. puitis!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

maaf bermaafan la yew...
:)

Yaya said...

Siapa kita pada hari ini tidak penting kerana siapa kita pada hari ini adalah hasil masa masa lalu kita. Yang lebih utama adalah siapa kita pada masa akan datang. Jadi mulalah membentuk acuan dari saat ini. Kerana siapa kita pada masa akan datang adalah hasil acuan kita pada hari ini.


Jangan pernah ragu ragu dalam hidup yer! jika sayang katakan sayang! jika benci katakan benci!..

Jangan pernah mencuba melukakan hati masing masing!

AkuMuzikFilem said...

kongsi dengan rakan2 apa terbuku di hati..