Thursday, March 24, 2011

PERPERANGAN DI SANA DAN DI SINI


Perperangan di sana

Semenjak akhir akhir ini, dunia telah di gemparkan oleh bom yang maha dahsyat malahan lebih dahysat daripada bom atom yang pernah di gugurkan oleh Amareka Syarikat kepada Jepun pada tahun 1945. bom ini telah memberi kesana dan tamparan yang hebat buat mesir dan tunisia. kebangkitan kaum yang di tindas terutamanya golongan muda mudi sudah tidak dapat di bendung. akhirnya "pemberontakan" mereka berbaloi.

pergolakan di libya tidak kurang hebatnya. Moammar Gaddafi yang telah berkuasa selama 42 tahun di tentang hebat oleh sebilangan besar rakyatnya. tidak cukup dengan itu, campur tangan dari kuasa barat makin merumitakan lagi keadaan. terbaca di dada akhar beberapa hari lepas, pihak perikatan yang di kepalai oleh Amareka Syarikat telah melancarkan Operasi Odesi bagi menumbangkan Gaddafi dan menyelamtkan rakyat. pihak perikatan yang di anggotai oleh sekutu rapat AS itu Britain, Perancis, Kanada dan Itali telah menghadiakan rakyat Libya dengan peluru berpandu TomaHawk. jika di teliti, dua persoalan akan muncul.

pertama mengapa sejak mutakhir ini semakin merebaknya kebangkitan rakyat menentang pemimpin sedangkan setipa negara itu mengamalkan sistem perundangan yang berpaksikan kepada keadilan. ada pilihanraya bagi memelih pemimpin. namun mengapa mereka masih menentang? pada hemat aku, setiap penentangan berlaku akibat dari rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. jika sesebuah kerajaan itu melaksakan keadilan yang sebenar, mengapa sebilangan rakyat menentang. kebebasan mereka di sekat. hidup di beban dan di tekan. seperti sebijik bola yang di tekan ke dalam air, semakin di tekan semakin kuat bola itu melawan. dan akhirnya? lihatlah sendiri hasilnya.

penentangan ini sebenarnya berpunca dari sikap pemimpin itu sendiri. lihat sahaja di negara kita. di sarawak contohnya. 50tahun lebih kita merdeka, apa yang terjadi. pemimpin kaya raya tetapi rakyat masih di takuk lama. pulau borneo kaya dengan hasil hutan dan hasil minyak. dan mereka adalah punyumbang terbesar hasil minyak kepada negara. hasil hutan seperti balak, semakin hebat di tebang. hasilnya kemana? begitu juga dengan pemimpin lain terutamanya yang lama duduk di kerusi empuk. untuk mengekalkan kuasa, mereka akan melakukan apa sahaja. pilihanraya? kalau pilihanraya itu dapat mengubah apa apa, pasti sudah lama pilihanraya di haramkan. jadi mereka memilih jalan raya bagi menyuarakan ketidakpuashatian mereka kepada pemimpin.

kedua, mengapa kuasa barat beria ria bertandang dan campur tangan dalam krisis di libya. untuk menyelamatkan nyawa rakayat? jika begitu mengapa peluru berpandu TomaHawk di gugurkan ke sana. tidak pelik jika PBB memberi lampu hijau kepada mereka. mereka semua sama. tidak boleh di harap. dunia tahu libya kaya dengan hasil minyak. lupakah kita apa yang berlaku pada Iraq pada satu masa dahulu. AS melancarkan serangan ke atas Iraq untuk menentag pengganas. tapi kita semua tahu. ada udang di sebalik mee. dengan mudah mereka mengambil kesempatan di atas pergolakan yang berlaku di sana.



Perperangan di sini


Di negara kita tidak kurang hebatnya. di sana sini bom di lepaskan. perang media makin menjadi jadi semenjak pilihanraya sarawak di umumkan. tidak cukup dengan kes DNA, kini timbul pula kes video seks pemimpin pembangkag. jika di lihat, ternyata negara kita mengamalkan budaya politik yang kotor lagi jijik. fitnah menfitnah menjadi makanan bagi mereka. aku tidak mengata kepada mana mana pihak. cuma dari pemerhatian aku sebagai seorang rakyat, jelas sekali negara kita masih lagi mundur dan kuno dalam soal politik.

mengambil contoh kes anuar ibrahim, ahli politik yang terbanyak mendapat dugaan dalam keriernya. kes liwat 1.. yang pernah mengejutkan negara kita pada satu masa dahulu. terbukti anuar tidak bersalah. maka beliau di bebaskan. kes liwat 2, yang masih dalam perbicaraan dan di gembar gembur ke sana kemari, masih belum terbukit beliau bersalah. tapi mengapa media dan pihak tertentu menghentam beliau seolah olah anuar ibrahim benar benar besalah. jika mengikut undang undang, seseorang itu tidak boleh di katakan bersalah selagi belum di buktikan dia bersalah. dan kita lihat sendiri perjalanan mahkamah yang tidak melambangkan mahkamah yang sebenar serta keraguan yang melampau. ini adalah satu punca berlakunya pemberontakan seperti mana yang berlaku di asia barat.

terbaru kes video seks yang di katakan pemimpin pembangkan terlibat mengegarkan lagi politik negara kita. perang media yang masih berterusan menyerang peribadi anuar ibrahim sekali lagi mencamarkan nama negara di mata dunia. aku yang turut mengikuti perjalan kes ini amat hairan. seoalah olah negara kita tiada pihak berkuasa untuk menyelidik dan mengambil tindakan pantas. tapi sayangnya, kes yang meletup baru dua tiga hari akhirnya pecah tembelang apabila orang yang persis muka anuar ibrahim mengaku dirinya menjadi pelakon di dalam cerita porno itu. apa tindakan polis selepas itu? nampak jelas di sini ada konspirasi untuk memburukkan anuar ibrahim.

keadilan media melaporkan berita juga di ragui. kita boleh lihat sendiri apabila tibanya pilihanraya kecil yang lepas. setiap berita hanya berkisar tentang kerajaan dan kerajaan. adakah ini di namakan demokrasi? pembangkang di serang oleh segenap penjuru. tapi mereka masih lagi mampu bertahan. pembangkang telah menuntut pilihanraya yang lebih adil dan telus, seperti penggunaan dakwat, pemansuhan undi pos dan lain lain lagi bagi menjamin keadilan proses pilihanraya. tapi mengapa cadangan itu tidak di laksana?

setiap laporan yang di buat oleh pihak anti kerajaan seoalah olah tidak di layan. lihat sahaja kes perwaja, kes PKFZ, kes pembunuhan altantuya, kes komisyen pembelian kapal selam, kes kehilangan enjin jet, dan kes rasuh berprofil tinggi di siasat acuh tidak acuh. akhirnya kes itu menjadi sejuk dan dilupakan begitu sahaja.  apabila orang berkepntingan di tangkap di kenakan tidakan yang tidak setimpal atas apa yang telah mereka lakukan. kes stadium runtuh di terengganu, ingat lagi, apabila kertas siasatan akan di umumkan dan di dedah. namun sampai ke hari ini masih belum di dedah. orang tertentu terus menikus dan rakyat di perbodoh. harga stadium RM280JUTA itu adalah duit rakyat, dan kerja baik pulih juga menggunakan duit rakyat. tapi kita tidak merasa apa apa. sebab kita dididik oleh kerajaan. ini adalah harta kerajaan. projek ini adalah projek kerajaan. padahal duit yang di gunakan untuk membangunakan sesuatu tempat menggunakan duit kita. tapi kita tidak terasa yang duit itu duit kita bukan?

sebenarnya kes yang berlaku itu di sebabkan oleh kesilapan kita sendiri. contoh, bila harga minyak naik, kita buat biasa je. buat tak tahu. tak ambik peduli..bila harga barang naik, kita melatah sekejap, lepas tu diam. tindakan kita sendiri yang menyebabkan semua itu berlaku. 50 tahun itu satu jangka masa yang lama. jika negara kita ini adalah orang. mesti orang itu telah mempunyi cucu.

kesimpulan? tanya diri anda sendiri..hehe


apa cerita di jepun? asap hitam dah keluar dari reakter nuklear 3. bahaya ke tak?


maaf kalau ada sebarang kesilapan. ini adalah pendapat aku sendiri. kalau salah tolong betulkan.

syabas kepada 9239 calon SPM yang dapat semua A..dan yang kurang berjaya jangan putus asa.

6 comments:

white rose said...

sampai ngantok2 akak bacanye para...
dah sampai seruan...

. said...

politik memang macam tu, jangan kuat sangat bersuara juga, kerana sekarang mereka suka-suka tangkap orang. lihat saja hanief (hanief.blogspot.com) sudah ditahan.

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

hmm maybe ni tanda tanda kita dah di akhir zaman? wallahualam.

yusuf said...

speechless


sehat bro?

ghost said...

aku pun malsa nak cakap dah soal politik shit nih..dah kalau aku bercakap juga macam aku tengah pegang shit..

aku diamkan aku tengok aku gelak aku merungut..tuh jer aku boleh buat,aku nak jadi ahli politik aku juga yang kena shit..bagero!!!

SHIT versi Shanon Ahmad..penulis yg mudah berpaling tadah.shit!

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

rasanya kita tak perlu membangkitkan perkara seperti ini jika ingin keamanan, yang paling penting kita dapat hidup, pagi, makan kais pagi, malam, makan kais petang ... bukan bermaksud kita perlu berpeluk tubuh tapi impaknya amat sukar diramal... :) hiduplah selagi kita dapat hidup aman ...