masanya telah tiba
untukku lipat semua cerita
agar abadi nanti bila aku tiada
kekal di hati insan yang aku cinta
sepanjang hidup ini
banyak yang telah terjadi
tersimpan rapi di kotak hati
inginku hadiahkan pada yang sudi
biarku kongsi bersama
buat pedoman teman semua
tapi sayangnya aku tak punya masa
tiada upaya untukku luahkan kata kata
izinkan aku kembali
membawa semua kenangan ini
biar terkubur bersama janji yang di patri
agar tiada yang kecewa dan berkecil hati
andainya ada nanti
memori kita menempuh hari
jadikan pengubat rindu yang menanti
moga aku kekal hidup di hati yang mengingati
salam semua..harap korang sehat dan ceria hendaknya..emm malam ni aku nak menulis sikit..tadi aku tangok komen.. wuucin tanya.. puisi ni memang para2 buat ke.. ok aku jawab kat sini la eh.. kalau ikut kan semuanya aku buat sendiri.. kecuali yang aku letak link atau sumber..tapi aku rasa stakat ni satu je puisi yang bukan aku buat. dan aku ada letak nama kat bawak puisi tu.. puisi lain tu semua aku buat sendiri..
sebenarnya puisi ini asalnya lirik lagu yang aku buat.. ada yang aku dah rakam..ada yang aku jamming ngan kawan2 aku. jamming tu..haha.. tapi betul la.. aku buat lagu berunsur dakwah atau lebih kurang nasyid la.. tapi di sebabkan oleh faktor faktor tertentu, aku cuma tulis puisi dan post kat blog je. sebab nak buat puisi yang boleh di buat lagu agak susuh. bagi aku la.. mungkin sebab aku tak ada bakat ke arah tu.. dulu time aku lapang boleh la buat. ok aku tak nak cerita bab tu...
cerita lain pulak.. puisi yang aku buat ni memang dekat dengan diri aku.. bagi aku puisi tu adalah diari aku.. bila aku baca puisi lama yang aku buat, aku akan ingat apa peristiwa yang berlaku pada masa tu..apa yang mendorong aku tulis puisi t.. sebab setiap puisi tu ada maksud tersendiri.. korang baca mungkin faham lain.. macam puisi yang kat atas tu... apa yang korang faham? err ke aku syok sendiri.haha
sebagai contoh, untuk puisi kat atas tu.. petang tadi..aku pergi hospital.. lawat keluarga terdekat aku.. dia masuk ICU... aku pergi tengok dia.. dia cuba katakan sesuatu pada kami..tapi tak dapat...mulut dia bergerak gerak.tapi tiada suara...
bila masuk dalam puisi ni..aku tukar dia tu kepada aku.. aku andaikan aku berada di tempat dia... emm korang faham tak ni. aku syok sendiri lagi ke...
ok la..aku tak dapat BW malam ni.sebab aku kat kg.. line sini lembab.. isnin ni isyaallah aku terjah blog korang... harap wuucin dapat jawapan ye.hehe oh satu lagi.. aku ada rasa sedih jugak la sebab ada beberapa artikel atau puisi aku kena plagia/ciplak.. stakat ni aku tak nak ambik tindakan lagi..tak pe la..tapi kalau nak copy, kena la tulis sumber mana kita ambik.. jangan mengaku kita tulis sendiri sedangkan kita ciplak orang punya... oh buat puisi ni pun susuh jugak tau kalau tak ada idea.hehe. jadi kena la beringat..ciplak ni sama jugak macam mencuri kan.. curi tu dosa kan...
ok la.. dah panjang sangat ni... kalau ada tersalah kata tu harap di maafkan..
wassalam :)
15 comments:
okeeiii..bru mina paham...baru nak rasa sentap td....
tu lah...kita yg membacanya sokmo pikir lain...haissshh...
jatuh cinta dengan puisi yang seakan2 kena dengan kisah aku. perasaan aku yang sekian lama aku simpan dan teringin nak luahkan tapi tiada daya.
kalaulah aku pandai cipta lagu, mahu saja aku gunakan puisi kau sebagai lirik. boleh? belajar mana buat puisi? mahu tanya soalan, mungkin kelakar bagi orang. nak tanya apa beza puisi dan syair?
superb...
mmg betul lah.. sy pn faham lain.. ingtkn para2 da xnk post entry lg.. huhu rupa2nya ade kisah lain disebalik puisi ni..
hebat betul para2 ye.. kl sy mmg xreti lah nk tulis2 puisi nih.. xberbakat.. kih2
ooo.. kalau mcm tu nak dengar kamu menyanyi..boleh tak?
:)
wah bestnya kat kampung...
Rindu...
mmg susah nak cipta puisi kalau kekeringan idea..tapi puisi kat sini boleh tahan hebatnya sbb bait2nya mmg indah..tahniah..
selamat bercuti..:)
menusuk... macam aku yang nak pergi
gud job si para para :)
nak dengar kamu menyanyi..boleh?
nice para-para! lama tak singgah. :)
puisi??
bukan semua orang dapat menghasilkanya...kan??
:-)
MENMANG SI PARA-PARA BERBAKAT....TAHNIAH
lamer x dtg cni, bz nye sye, sowi....
:)
suka juga buat puisi dari kecik.
Pernah sekali kantoi 1 puisi dengan cikgu time darjah 4. Dia suruh baca depan kelas *malu
Tulis puisi perasan ke? tak lah (bagi naik self-esteem.LOL)
Post a Comment