Tuesday, April 26, 2011

EGOKU LEBUR



tersisa cahaya di hujung jalan
saat ku genggam aku lepaskan
tertarik hati oleh eloknya dunia
walau ku sedar semuanya sirna
masih lagi aku terpesona

tersenyum gembira ceria
berjalan aku di permaidani sutera
tak pernah rasa diri ini seorang hamba
nikmat percuma jadikan aku pelupa
semuanya akan di kira

di sini tempat aku di uji
jalan yang tenang penuh berduri
bagaikan bangkit dari mimpi
baru ku ingat langit itu tinggi
tak tercapai egoku ini





aku seperti baru belajar menulis semula..kalau ada yang tak ok, sila komen... 

err adakah di sini semakin membosankan...

22 comments:

Qiez AR said...

Allah..beruntungnya kamu, si para2.

boleh tidak bila kau sampai kehujung nanti, kautkan aku barang segenggam cahaya supaya aku juga mampu damai seperti kamu?

si para para said...

@| Larasephia |

saat damai itu saat aku genggam cahaya itu..
tapi aku leka...
oleh itu damai itu pergi bila aku lepaskan genggaman..

kini aku tercari cari...
kembali kepada punca.

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

hhehee. .. memberi semangat yang kental ni bro :)

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

wani suka yang ni:

di sini tempat aku di uji
jalan yang tenang penuh berduri
bagaikan bangkit dari mimpi
baru ku ingat langit itu tinggi
tak tercapai egoku ini

nice =)

si para para said...

@Inspirationalefeks

hehe sebenarnya semangat untuk diri sendiri ni...

si para para said...

@SyAfaWaNi ♥‿♥


terima kasih..

harap baris ayat tu dapat menyimbah makna.
:)

M a W a D D a H said...

bangkitlah kamu dr mimpimu...
:)

ghost said...

berjalan aku di permaidani sutera
tak pernah rasa diri ini hamba

jelas ia satu ego yang kuat.

Amiey White said...

terbaik , amiey sedang mencari cahaya


btw dunia blog amiey lagi2 da nak kelam -.-"

Cik TeN10 said...

like this !! :)

nurkass said...

hurmmmm...
kata2 yg ringkas tapi amat bermakna..

Cik SHiNJU said...

“Pelajaran lainnya datang dari burung Kolibri ialah apakah kau lihat bagaimana ia menyeimbangkan tubuhnya untuk mengambil madu, tanpa pernah menyentuh bunganya? Ia melayang-layang di atasnya, menyeimbangkan tubuhnya di udara sambil memasukkan paruhnya ke dalam bunga untuk meminum madunya. Di dalam hidupmu kau juga harus seperti burung Kolibri. Jangan sentuh dunia. Seimbangkan dirimu di atasnya, tanpa bersandar padanya, dan hanya mengambil apa yang kau perlukan. Jika burung Kolibri kehilangan keseimbangan dan mendarat pada bunganya, tangkainya akan patah dan sarinya akan hilang. Seperti itu, jika kau kehilangan keseimbanganmu, kau akan mendarat di dunia dan terjatuh. Jadi, tetaplah dalam keadaan seimbang, dan katakan, “Tiada Tuhan selain Allah (La ilaha illallahu). Rasakan madu itu. Ia berasal dari samudera kebijaksanaan. Tatkala kau telah merasakannya, kau akan mengerti.”

si para para said...

@M a W a D D a H

cuba bangkit..
dalam mimpi dan dalam nyata...

si para para said...

@ghost writer

emm..rasanya perumpamaan tu tepat ke hati aku.

si para para said...

@Amiey White

carilah cahaya sementara masih ada gelap...




tak pe... lepas kelam pasti lahir cahaya.
:)

si para para said...

@Cik TeN10

tQ

:)

si para para said...

@nurkass

makna yang terzahir untuk semua..
tapi yang tersirat tu cuma untuk seorang sahaja...

:)

si para para said...

@Cik SHiNJU

terima kasih cik yun...
kata kata tu sangat hebat sekali..
hat yang keras ni pun dapat di sentuh..
hmmm aku sering jatuh dan tersungkur dalam kecapi nikmat yang fana ini.

Anonymous said...

Semua kita akan diujiNYA.

si para para said...

@Kunang-Kunang

betul tu kak..
moga kita lulus semua ujian itu,..,

AkuMuzikFilem said...

itu biasa bagi manusia untuk lupa dan tersentak hanya bila....

AkuMuzikFilem said...

itu biasa bagi manusia untuk lupa dan tersentak hanya bila....