Wednesday, April 6, 2011

HIDUP YANG TERAKHIR



Sehelai nafas.. yang tak pasti mana hujungnya..
terus di hela.. buat penerus hidup..
membuatkan ramai yang khayal.. lupa..
dan ada yang menyangka.. hidup tiada mati..
sehinggalah.. ada antara mereka..
membawa pesanan kematian.

tapi begitu sayang.. keinsafan itu cuma sesaat bertahan..
setelah derap kaki yang terakhir.. melangkah meninggalkan perkuburan..
keinsafan itu turut sama pergi.. hilang di tiup angin..
 kembali semula.. gelak ketawa..
dosa pahala.. tak di hiraukan.

begitulah putarannya berputar.. peringatan demi peringatan..
agar kita semua sedar.. kematian itu sangat hampir..
namun masih lagi kita terleka.. alpa..
sehinggalah sehelai lagi daun gugur..
 

mungkinkah nama aku yang tertulis kali ini?

23 comments:

intan.maisarah said...

nama ku juga mungkin ada tertulis


hati yang sentiasa mengingati mati
hidup

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

beringat sebelum sampai mase nye...

AkuMuzikFilem said...

>tapi begitu sayang.. keinsafan itu cuma sesaat bertahan..<

inilah yang selalu aku alami. jangan satu masa nanti, tak alami sudah.

AkuMuzikFilem said...

due date daun tu 40 hari kan. kalau dalam masa 40 itu, kita diberi petanda, sekurangnya memberi kita sedkit ruang untuk bertaubat

HEROICzero said...

sedia atau tidak, bila sampai masa, janji akan dituntut. =)

semoga yang baik2 untuk kita. Ameen.

M a W a D D a H said...

ataupun nama aku yg tertulis?

pisau belati said...

kesedaran insan itu terlalu nipis.
lutsinar bila di sentuh sedikit,maka terkoyaklah ia.








dunia di depan mata lebih nyata maka itu yang lebih dikejarkan.sedang mereka tak tahu ada yang datang mengintip tanpa bayang menanti saja arahan untuk mengakhiri hayat.











manusia itu insan dan insan itu lalai.bila nafsu menjadi tuan,maka TUHAN di lupakan.

Cik TeN10 said...

begitulah manusia yg selalu lalai dan alpa.. so marilah kita berpesan2 kpd kebaikan..

Anonymous said...

manusia sering terlupa... karena itu perlu dan selalu di ingatkan..

Unknown said...

seram plak bca sajak ko ni

Fahrain said...

bila sedar ...akan jadik nikmat
bila leka ... akan menjadik ketakutan yg amat :)
slmt beramal

shameel Iskandar said...

mati akan datang menemui meski kita bersembunyi.

mati akan menhampiri meskipun kita menjauhi.

tiba saatnya nnti kita terpaksa menyerah diri.

p/s= Cuma, jgnlh msti sebelum mati agar kita bisa hidup selepas mati

Anonymous said...

Sebab tulah seboleh2nya jangan jauhi syarahan2 agama melebihi 40 hari. Nanti kita terlalai dan lupa.

terokai seni said...

slalu lepas balik dari kubur, rasa kematian juga terkubur

bila la gamaknya nama kita yang tertera pada daun akan gugur.. sampai le masa kita dahhh

ღ❤❣::A.J.M::❣❤ღ said...

hiduplah seperti hari ini merupakan hari terakhir... hargailah hari ini seolah2 ianya kali terakhir bersua dgn mereka yg tersayang...

hiduplah sebelum dimatikan...

Nadia Mashuri said...

setiap hari pasti ada yang "pergi"

nurkass said...

terkadang manusia leka dengan kehidupan duniawi..

terkadang manusia lalai dengan perintah hakiki..

oleh itu berdoalah...berdoalah supaya dia sentiasa memberi hidayah pada hamba2nya..hanya dia yg maha mengetahui..wassalam..

skandaLdariLangit said...

mungkin nama ska lah para2 ;)

KUREKURE COMEL said...

org kata kalau telinga berdengung..
maknanya ada dauh gugur kena daun kite...mina pun tak pasti...


itulah...manusia sentiasa kena diberi peringatan berterusan....

zati embong said...

betul mina,jat pn pernah dgr org ckp cmtu.nama2 kita semua ada pda daun2 kat 1 pokok besar.

Mutiara Bernilai said...

ya,,

tetapi syg..keinsafan itu hanya sebentar menyinggahhh

bertahan!

Frodo Baggins said...

>>____<<

kita lupa
tp kita masih ada di sini...
sebab kasih sayang-Nya

"..esok mungkin sudah terlalu lewat
bagi kiamat yg telah ditangguhkan" ??

wanythyra. said...

SENTIASA INGAT MATI .