malam tu..entah macam mana aku ikut sekali masuk ke dalam ambulans.. walaupun bukan kali pertama, tapi untuk malam tu, adalah kali yang pertama aku duduk di bahagian depan sebelah driver. lampu menari nari. pekat malam itu bagaikan berpesta. panggilan telefon yang kami terima sebentar tadi memaksa kami bertindak pantas. kemalangan memang tak berbau.
sepanjang perjalanan, di dalam hati aku tertanya tanya keadaan di sana. siyes. aku trauma dengan darah dan keaadaan yang tak ingin aku lihat. gila! kereta kat depan langsung tak hiraukan ambulans di belakang. ingat main main ke! akhirnya, dalam laju perlahan dan berhati hati kami sampai di tempat kejadian. suasana suram tapi kelam kabut.
terlihat limpahan lampu biru dari kereta peronda. aku melangkah kaki keluar. mangsa berbaring kaku. tidak bernafas. celaka! siapa punya lembu ni. kejadian seperti ini bukan sepuluh kali, tapi dah lebih. ramai yang pergi tak kembali kerana jasa lembu lembu yang berkeliaran. lembu yang tidak bertuan saat ini, tapi ada yang mengaku tuan bila tiba musim raya korban.
di penjuru sana terbaring satu lagi jasad. tidak bergerak. terbit darah di kawasan muka. dan orang ramai, ramai yang memerhati di sekeliling. di sebelah sana motokar yang tewas menentang lembu, tersungkur bisu tidak di hiraukan. aku cuma memerhati. empat orang sudah cukup untuk menguruskan keadaan. tak perlu aku sebok sebok campur tangan. keaadaan terkawal.
ahh sakit badan pulak taip sambil meniarap. oh rasanya dah lama aku tak menaip. maaf. aku hilang arah di balik pantasnya waktu.
siren di bunyikan. ambulans memecut laju. perut aku sedikit kecut. kali pertama aku merasai keadaan seperti ini. aku hanya tediam. sesekali di dalam hati sempat menyumpah kereta kat depan yang tak reti reti nak mengelak. ok, ini bukan main main. kat belakang ada mangsa yang perlukan rawatan segera. kalau la ahli keluarga korang kat dalam tu, baru korang tahu mcam mana. bisik hati kelabu aku ni.
telinga aku rasa sedikit bingit. kuat jugak bunyi siren ni. rasanya sampai esok pagi bunyi neee nooo neeee noooo ni melekat kat dalam kepala aku. sesekali aku menjenguk ke belakang. melihat keadan mangsa. sepi. agaknya dah tido. kena bius. perjalanan sejauh setengah jam ke hospital itu menyebabkan aku pening pening.. ahh sudah. sakit biasa aku datang lagi...
dalam keterpaksaan tu aku tahan jugak. buat macam tak ada apa apa.. akhirnya sampai di hospital... mangsa di bawa masuk ke ICU... err wad kecemasan kot.. ke sama je.. hentam je la...
siap karangan kisah benar aku.. semoga orang tu selamat hendaknya... last, walaupun penat, tapi aku tetap gembira dengan pengalaman yang aku dapat.
harap semua dapat ambik iktibar dan pengarajan daripada cerita ni.... err sebenarnya aku tak reti nak buat penutup. mata dah ngantuk. esok kerja lagi. tapi gaji tak naik. opssss lari topik.
hah korang dapat tak moral daripada cerita ni?
30 comments:
cite mcm tergantung je..
moralnya bg laluan kt ambulans or police.. ye kn?
@Cik TeN10
emm rasanya memang tergantung.. sebab tak tahu keadaan orang tu macam mana.. lepas hantar terus balik.
tu cuma cerita pengalaman kali pertama.
mungkin ada untuk kali kedua.
:)
assalam..anda mmg berbakat lam menulis..
keep it up..
it was my first time lalu kat blog nie..hehe
ok got da p0int.. ;)
1) bout kete n ambulans
2) bout lembu brkeliaran
tue je yg dpt skali bc.. huhu..
hope mgsa selamat n cepat sembuh..~
moral nye tolong jgn penting diri sendiri...
ketepi jika ade kecemasan...
kerja dengan hospital ker..
moral story kena berbuat baik sesama insan.. eh betul ker..
pengalaman yg mencemaskan.. kl sy bab2 tumpah darah ni mmg surender awl2 lg lah.. silap2 sy yg pengsal.. tak pasal2 lg kelam kabut jdnye.. hihi
p/s : waiting for the next story :)
moral of the story
ermmmm
>kemalangan tak berbau,tak kira dimana,time bila pada siapa pun boleh berlaku
>lembu....lembu yang bersepah dijalan bila emergency susah
>ermmmmm.....kene kuat semangat atas takdir yang telah ditetapkan
betul ke....:)
dpt moralnya, bglah laluan kat ambulan dan bertimbang rasa.
aha..
dpt moral dia tu sbb pernah jadi kat diri sendiri..
tapi nasib baik takde berlaku kemalangan..lembu jugak..tah sape tuannya..
nasib baik xda jarum dlm ambulance kan..kalo x mesti para para kecut perut.. :p
@Adah..oh, Adah..
berbakat..err kat mana terlihat bakal saya tu..hehe
ni cerita sekali fikir je ni..sekali imbas.. tengok ayat banyak tak betul.. tapi memang asli dan tak di tapis.
@ch!natsu
betul2...
dapat dua pun dah cukup bagus..dapat 4markah..hehe
kalau di rangkumkan semuanya..
hasilnya...
tanggungjawab.
@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
hehe aku suka moral ko tu ceroi...
memang bermoral...
aku bagi 4 markah jugak..
padat ringks jitu.
tapi aku terpaksa potong 2 markah sebab guna shortform.hehe
@LiFe KaMi
err klinik..
betul tu.. moral yang di cari cari..
kita kena buat baik kat semua.. kepada semua hidupan..
manusia haiwan atau tumbuhan...
yang ni dapat markah penuh jugak.hehe
@Cik TeN10
hehe walau pun kita bukan adik beradik, tapi kita ada persamaan.
tapi sekarang cuba untuk lawan semua tu.. nak tak nak kena telan jugak.
ubat walau pahit, tapi...memang pahit.tak sedap.hehe
teringat adik lelaki sy yg kemalangan bulan lepas huhuhu masih terasa kesayuan menerima kabar sedih tu huhuhu
moralnya cepat2 ke tepi bila dgr bunyi ambulans!then kepada pemilik2 lembu,jagalah lembu2 anda.plus bntang ternakan yg lain.
syukurlah ada kerja elok nak.. :-)
urm..
moral nya byk..
cuma tahu nak ambil sbg iktibar atau tidak sahaja..
Lembu tu dah pastilah Lembu, yang tuan lembu tu macam mana pulak.
Sebenarnya tuan lembu ada kat situ tu, tunggu orang ramai beredar, kalau lembu tu tak mati, cepat dia sembeleh dan dagingnya dah di jual.
Kalau dia mengaku sebagai tuan lembu masa kejadian, teruklah dia kena...
@Penyair SenjA
emm betul tu...
apa apa pun yang kita buat kita kena fikirkan orang lain jugak..
sebab kita berkongsi alam. berkongsi jalan.
@EZAN IDMA
bertimbang rasa tu memang sangat perlu..
:)
@nurkass
kalau jadi macam ni siapa yang harus di persalahkan.. takkan nak salahkan lembu.. beliau tu kan lembu.. mana beliau tahu kan..
so tuan lembu.. jangan ikut perangan lembu2 anda..
err maaf kalau kasar sikit
@si para para
hehe jarum tu ada..tapi ada kat tempat yang sepatutnya...
:)
@cik fiza
tu la.. sangat sedih kan bila terima berita macam ni...
sebab tu kadang kadang kita perlu letak diri kita kat tempat orang lain..
@zati embong
betul tu.. mesti jat seorang pemandu yang berhemah.
:)
@blog-tips-kurus
alhamdulliah.
:)
@Nadia Mashuri
betul tu.. nak atau tak nak je kan..
@Kunang-Kunang
betul tu kak..
tu la tuan yang tak bertanggungjawab..
tahu untung je...
Post a Comment