Sunday, June 5, 2011

KELAM KABUT




diam terpisah sepi tanpa bicara. seharian disini aku matikan rasa. mata lemah merenung esok. terlakar cerita kabur bagaikan bayang bayang. hitam legam tanpa warna. dapatkah aku kesana....

ruang legar ini memenjara. pandangan dan fikiran ini makin terbatas. panas hangat menyengat setiap rongga. senyum yang di lempar tidak terbalas. haruskah rasa ini di terjemah. berbicara pada jasad yang tiada jiwa. adakah ia akan mengerti...

cukuplah apa yang di miliki. sekadar untuk memenuhi mimpi. bukan. semua ini bukan milik aku. aku cuma di beri pinjam nikmat yang terhebat. tapi sayangnya. nafsu tidak pernah cukup pada satu. dua. tiga dan empat. gunung emas habis di rampas. tapi sayang, nafsu tidak pernah puas.

hakikat hidup ini terlalu sulit untuk aku pecahkan. mungkin sampai satu masa aku akan mengerti jua. sebelum jasad ini di pecahkan.


kerana hidup hari ini adalah untuk esok.

8 comments:

HEROICzero said...

better late than never. =)

*InsyaAllah. =)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

hanya redha menerima nye...

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

kita perlu menunggu ?

ghost said...

jangan risau,semua pasti akan lebih sirna..

Cik TeN10 said...

semoga hari ini lebih baik dr hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.. insyaAllah :)

zati embong said...

betul!jat sentiasa menunggu hari esok.

skandaLdariLangit said...

ikutkan nafsu memang tak pernah puas.

hati ska cuma mahu satu.

satu itu seorang.

kerana seorang itu ska menangis, kecewa..

cukuplah satu.. satu sahaja...

The Norah said...

Semoga kita bìsa mengambil hikmah dan pelajaran dari stiap episod kehidupan yang kita lewati,
Sedar kerana swtiap hamba punya garis hidup yang berbeza yang telah ditentukan oleh DIA