dua biji benih di tanam, di dalam bekas kehidupan. di baja dan di biarkan tumbuh dengan segar bebas. sekian lama, kedua duanya tumbuh deras sepantas masa. benih yang pertama, tumbuh sehat hijau hebat; daunnya lebar lebat, batangnya kuat padu. benih kedua, tumbuh layu: daunnya kecil sugul, batangnya lemah rebah.
namum keduanya masih lagi di beri masa untuk tumbuh membesar tanpa halangan. baja dan cahaya di beri sama rata tanpa sekatan. masa terus kedepan dan terus berjalan. tiba musim berbuah, pokok pertama; berbuah banyak. pokok kedua berbuah cermat.
tiba masanya tuan empunya tanah datang. di depannya ada dua bakul rotan berisi buah dari pohon pertama dan kedua. hasilnya di nilai satu persatu. pohon pertama; buahnya di kira, isinya di rasa. terpapar jelas di wajahnya. kedutan mencuka. mungkin saja isinya masam kelat atau tiada rasa. buah itu di baling ke dalam tong sampah sekuat tenaga.
pohon kedua; buahnya juga di kira, isinya di rasa. namun, terpancar jelas di wajahnya. senyuman yang luar biasa; berseri seri. rasa yang teruja, di cuba lagi dan lagi. akhirnya tuan empunya tanah itu berkata, 'inilah yang aku mahukan'.
sekarang. apa yang kita mahu, buah yang banyak, tapi isinya masam, atau buah yang sedikit, tapi isinya manis..
28 comments:
maka-nya,jangan fikir orang yang lemah itu tak berguna :)
untuk saya,mestilah saya lebih mahukan buah yang manis.walaupun pada luarnya,saya cuma sebatang pohon yang seperti hidup segan mati tak mahu.
entry yg best..i loike! :)
sy mahu buah yang banyak isinya manis.. hehehe..
p/s: haah.. blog baru setakat ni.. hahaha..
biarlah buruk paras rupa
asal hati suci
peribadi berkualiti
mesti la nak yang berkualiti.. biar sedikit pada kuantiti tapi berkualiti.. baru berbaloi kan.. =)
Nak buah yg sikit tp isi manis. Dlm maknenye tu. Nice share. :D
Watak Kartun Di zombi Kg.Pisang Kan!!!
biar sedikit pada kuantiti tapi berkualiti.. baru berbaloi kan.. =)
salam ziarah..
sebuah analogi cukup bererti..
ternyata kuantiti bukan penentu kualiti..saya pilih pohon kedua!
semua orang nak yang positif. kualiti terbaik mengatasi kuantiti.. ;)
pasti yg meninggalkan senyuman manis. biarpun kacak di luar..
tentulah sedikit ttp manees.. :)
xsuka baca novel, tp pndai menulis..great :)
give a round big applouse~
suka pohon yg kedua biarlh hasilnya sikit tp terbaek!...kualiti bukan kuantiti...hoho...nice entry...mendalam mksudnya ni
its about quality, not quantity... sama ngan pokok rambutan depan rumah gua ni, akhirnya selamat ditebang
nk yg mnis
kualiti lbih baik dr kuantiti::)
quality
not quantity~
lIKE THIS ENTRY :p
tentulah isi yg terbaek...
jgn trlalu mengejar,kdg2 kena perlahan.sbb kdg2 kita xperasan ada bnda yg kita tercicir
O.o
nilai itu yang penting...
bukan kuantitinya saja...
simbolik jgk entry ni
kualiti lebih penting daripada kuantiti.
Begitu juga dgn solat tarawikh. 8 rakaat yg penuh penghayatan jauh lebih bererti berbanding 20 rakaat yg tergesa-gesa
kualiti not kuantiti.yang kau mahu buah yg banyak dan semuanya manis
salam....
Ini adalah kerana dunia ini umpama ladang, tempat kita semua bercucuk tanam dan hasilnya akan dipungut di akhirat nanti...
moga kita mendapat hasil yg baik..
kesimpulannya yang paling penting kualiti bukan kuantiti nya..:)
DIA maha mengetahui... apa yang DIA kehendaki... keikhlasan dalam menitipkan diri untuk DIA ada imbalannya mungkin bkan skang... tapi suatu hari nanti... mungkin bukan di sini tapi di sana... nice entry u have...
buah yang banyak , isi nya manis !
#tamak .
ha ha ha .
ada maksud yg tersirat...
Post a Comment