Tuesday, August 30, 2011

RAYA DI PERANTAUAN


raya di perantauan mesti tak sama kan dengan beraya di kampung halaman... sampai saat aku lahir dan kenal erti raya ni, tak pernah lagi beraya di tempat orang... kata orang beraya di tempat orang tak best.. teringat keluarga... teman teman... teringat kueh raya..rendang dan apa bagai lagi...



kalau raya di perantauan mesti sayu je hati kan....nak2 time dengar lagu raya..pasang lagu siti - air mata syawal.. menangis tak berlagu la aku kalau kena macam tu..tapi aku tak la nangis macam budak kecik nak mainan robot tu...nangis macam tak hengat dunia..aku nangis rindu je..hehe

tadi...sehari sebelum raya..aku kerja lagi. sorang...tapi aku balik awal..pukul 4 lebih macam tu la.aku dah tutup 'kedai'..dah salam dengan member lain..kunci pintu... keluar... sauk kocek... ahh sudah.. kunci rumah dengan kunci kereta aku tertinggal dalam laci... pintu semua dah kunci...nak balik awal punya pasal...jalan masuk semua dah lock baik punya... tempat simpan 'barang'.. macam mana nak pecah masuk...semua siap solex..grill...dan apekebenda kunci lagi...

last2 buat muka tak tau malu... pergi mintak tolong dengan hang kebun... masuk ikut pintu 'rahsia'.. nasib baik la grill besi belah dalam tak kunci...jadi macam perompak la kejap...dengan muka slumbernya aku keluar...telinga duk tahan je orang kiri kanan perli..nak buat macam mana.. kecuaian sendiri..tadah telinga je la...

oh dah lari tajuk ni...raya di perantauan kan tajuk kat atas tu....korang ada cerita dan pengalaman tak...cerita sikit kat aku yang tak pernah rasa dan tak nak rasa ni...best ke tak best...tak nak cerita sikit, cerita banyak pun jadi la...

last...selamat hari raya..maaf zahir dan batin.. ni dah kali ke berapa aku ucapa selamat hari raya ni... kira terbaik la ni.hehe


selamat hari sentral*


*raya



cik ten10...jangan sedih sedih ye...




p/s: nak duit raya? kalau nak duit raya mintak kat jiran sebelah.. cakap kat dia aku suruh mintak.
:)

7 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

selamat hari raya bro!
oh, salam merdekaraya juge

:)

Cikgu Jaja™ said...

seronok juga baca cerita raya kawan2..kesian tp nk buat mcm mn kn..yg penting saling doa mendoakan supaya kat mana pon kite berada sentiasa berkat dan selamat..insyaAllah.. rindu2 meleleh2 tu biase la..so kena byk2 bersabar.byk hikmahnya tu :)

salam aidilfitri, salam merdeka tOo

ikhlas dr cikgu faezah

ohh, kamu di perantauan? di mana?

Norgadis Labuan said...

Lemang ketupat biskut pun ada,
meriah raya bersahut merdeka,
dipohon maaf sahabat semua,
agar tiada hati terluka.

NICK IRFAN said...

uih! ada pintu rahsia plak msuk tmpt keje ko... hehe

Bidadari Syurga said...

heeeeeeeeeeee... salam lebaran awak...

Novelgurl said...

lorh..ingtkn dia y raye kt perantauan td..haishh2..
ouh..sy x de penglmn..sory x dpt cite..hehhe

Slmt hri rayaX100000 XD

c Kartun said...

salam ziarah raya (^^,)v