Friday, September 2, 2011

MENCARI INGATAN SEMALAM


semalam.. penuh cerita.. penuh peristiwa.. kisah senang payah suka duka.. dan aku juga ada bersama mereka.. menconteng dunia.. melakar kisah.. memahat sejarah.. dan kerana waktu itu sentiasa berputar.. aku kini menjadi dewasa.. teman teman bertebaran di setiap pelusuk bumi...dan hari ini...aku mula kembali.. kembali pada mula...mula bercerita..





pada ketika kita di beri peluang untuk berkumpul seketika.. maka banyak cerita yang di sirah semula... di ulang saban tahun.. kami gelak ketawa mengenang kisah lama...namum, ada ketika aku terbatu.. terfikir dan mencari cari muka surat buku cerita...

"kau ingat tak masa kita kena tangkap dengan cikgu disiplin..bla..bla...bla.." aku membisu.. cuba mencari ingatan yang hilang.. "eh ye ke? kita dua orang ke masa tu?"... "ye la..aku dengan kau la yang kena tampar tu.. tak masuk kelas...bla..bla..bla..bla.." aku cuba mengiyakan saja kerana semua kawan kawan sekelas aku yang ada malam tu semua ingat peristiwa bersejarah itu.. tapi di manakah aku pada waktu itu? aku masih lupa...

tiba masa untuk aku buka cerita.. "kau ingat tak masa ustaz marah kita tu..bla..bla..bla... yang kita lari ikut pintu belakang tu..bla..bla..." aku bercerita dengan penuh emosi.. tapi, kawan2 aku pulak yang teraba raba.. "eh bila pulak tu.. masa kelas mana..?.. 

banyak benda yang aku lupa.. kadang kadang dua tiga kali diorang cerita baru aku boleh ingat..ingatan yang datang dengan bayang bayang..kabur..samar samar...tak jelas... aku cuma mendengar dan tersenyum.... banyak cerita yang aku ada bersama mereka..tapi sayang.. separuh cerita aku lupa...


"tersusun sebaris kata
ku tulis sepenuh rasa
buat insan yang jauh di mata
agar kau rasa apa yang ku rasa

namun bila esok menjelma
kata semalam sudahku lupa
puas sudah aku memikirkanya
namun hampa tak ku jumpa"



p/s: sape tahu macam mana nak ingat apa yang kita tak ingat?



7 comments:

Bidadari Syurga said...

pada sayalah... cerita yg duka selalu buat saya lupa untuk semua insiden tu... kadangkala saya dengar adik saya bercerita tntg zaman kecil kami... the end of our discussion... saya senyum aja... itu kisah gembira dia bersama saya...

p/s: its ok para... kalau tak ingat tu tak bermakna awak lupa... kadangkala Allah swt padamkan agar awak punya cerita baru untuk disimpan di memori... cerita gembira...

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Para,

Dalam maksudnya.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

back to basic.

qamarguyz said...

Salam Aidilfitri..
kala kita ingat dia lupa..
kali kita lupa dia ingat..
susah juga kan..
hMm

azieazah said...

Tak ingat pun tak apa.

Tapi bila semakin lupa itu tanda kita semakin berusia. Petanda kita bukan lagi muda macam dulu.

zati embong said...

nk ingt apa yg kita x ingt? mngkin perlukan org lain utk ingtkan O.o

Salam aidilfitri. Maaf zahir batin..

♥ adlin roshaida ♥ said...

selamat hari raya :)