Thursday, September 15, 2011

Antara Flowerhorn dan Sindrom down


Menurut pakcik wikipedia - Ikan Lou Han (bahasa InggrisFlowerhorn) diartikan dari bahasa China yaitu Lou Han. Luo han pertama kali muncul di Malaysia sekitar tahun 1996-1997. Ikan ini adalah keturunan dari Amphilophus trimaculatus

Setelah beberapa generasi, bentuk ikan ini berubah daripada induk asalnya. Setelah itu penternak ikan mula-mula mengabungkan ikan tersebut dengan Blood Parrot yang merupakan hibrid dari C. citrinellum X C. synspilum. Dari hasil kawin silang inilah lahirlah Luo han yang dikenali masa kini.

Pada awalnya, hasil kawin silang tersebut tidak diterima secara luas, tapi setelah dilakukan "penyempurnaan" maka terhasilah bentuk dan corak warna yang disukai. Kemudian ikan tersebut diberi nama "Flowerhorn" atau "Luohan". Proses pemilihan dan kawin silang terus berlangsung sehingga dihasilkan berbagai jenis Luo Han dengan beraneka warna dan corak.


Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.
(wikipedia)


ok dah tahu kan sikit sikit pasal flowerhon dan sindrom down ni.. tapi macam biasa la..cerita ni bukan pasal benda tu.. kalau nak tahu kenal la tekan bawah ni..hehe




kita masih lagi berada di bulan syawal yang mulia.. masih terasa mood raya.. tapi jangan lupa.. puasa 6.. besar ganjarannya.. macam kita puasa setahun kan.. so berlumba lumbalah kita..err bukan nak ajak berlumba motor ni..

sebenarnya aku tengah kenyang ni.. baru balik dari jamuan raya.. eh kita raya sebulan ke? bukan sehari ke? hehe tak pe..benda baik tak pe buat selalu kan.. bagi orang makan... dalam sebulan ni makan free je la aku... cuma yang tak bestnya bila seluar ni.. ntah kenapa makin hari makin kecik.. korang tahu kenapa?

dah jauh ni.. sebenar benarnya... aku nak cerita peristiwa yang berlaku pagi tadi..ceritanya macam ni..


aku: dik, nama ape?

budak: Baa.. (jawab dia ringkas tapi penuh yakin)

aku: ape? Baa..?  (cuba mengkonfemkan semula)

budak: Baa.. (jawab macam tadi jgk)

aku: Baa Bin ape?

budak: flowerhon.. (ringkas padat dan yakin dia jawab)

dengan rasa pelik aku tanya balik : flowerhon tu bukan ikan ke?

budak: emm esok tak kerja.. sabtu kerja...

aku: diam.. (dah kena dah aku ni)



last... aku mintak maaf banyak banyak sebab tak sempat nak terjah blog korang lagi.. aku sebok sikit.. sape sape nak kad kawin, sila hantar alamat ye.. sementara stok masih ada.hehe

oh lupa nak cakap, budak tu kena penyakit sindrom down.. kadang kadang dia ok.. tapi hari ni time aku tanya, dia tak ok pulak.. tak terniat pun nak persendakan dia. aku cuma menjalankan tugas.

wassalam
:)

14 comments:

MH8625 said...

Nak kad kawen boleh? Kalau nak hadiah kawen boleh join contest di blog Untuk Semua. :)

si para para said...

pharmalif..

boleh.. bagi saya alamat.
:)

bukanretis said...

ooo..budak tu sindrom down eh? besela tu,slalu jumpa..kim slam eh? :)

p/s : aku rse sluar ko tu mengecut kot?hahaha

Cik TeN10 said...

wahhh kad kawin ?? para para sakura nak kawin ke? sy tumpang gembira !! alaa nk jugak tp mesti takleh gi.. huhu

Nightroad said...

kad kawin.....nak..ha3..

salam ziarah dr H2O.....^^

ct kektus said...

seluar makin kecik, mungkin sebab perlu beli ya baru kot. hehe ;p

Faaein Talip Roy said...

salam syawal.. mr.para-para..

wah dah nak kawen.. patutlah busy je.. huhuhu.. ^^,

shameel Iskandar said...

Selamat Pengantin Baru sahabatku Para-para

si para para said...

aku >>

kenal ke budak tu?hehe

ok2..

oh patut la.. makin mengecut rupanya seluar tu...hihi

si para para said...

cik ten10>>

ye.. bulan 10 ni.hehe
tu yang bz skit tu..

tak pe la.. cik ten10 doa dari jauh je ye

:)

si para para said...

nightroad>>

nak bagi alamat cepat..hehe

si para para said...

siti kektus>>

mungkin jgak..
dah nak masuk dua tahun pakai seluar tu..hehe

si para para said...

Faaein Talip Roy>>

hehe bz jgk skit2..
tapi tak kawin pun bz jgk.hehe

si para para said...

shameel Iskandar>>

syukran sahabat..
:)