Wednesday, September 7, 2011

DARAH MANIS


menurut Dr.wikipediakencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

atau bahasa mudahnya, kandungan gula tinggi dalam darah - Diabetes

ok sekarang dah faham kan apa tu penyakit kencing manis. cuma yang aku tak faham, kenapa darah yang manis tapi kencing dapat nama... ke dah ada komplot antara mereka? kita tinggalkan persoalan ini untuk di jawab oleh anak cucu kita nanti ye..

sekarang aku bukan nak cerita pasal kencing manis. tapi pasal darah manis. nak tahu macam biasa la kena klik kat bawah ni...



darah manis.. bila aku search kat wikipedia tak ada pulak keluar. jadi terpaksa la korang telan bulat bulat maksud darah manis ni dari aku, Dr.yg tidak bertauliah. darah manis ni merupakan satu ungkapan yang di rujuk kepada mereka yang sedang mengikat tali pertunangan atau yang tengah mengira gira hari berlangsungnya perkahwinan. ceweahh baik punya ayat.hehe

dalam lain kata, darah manis ini di reka bagi menggambarkan dugaan atau ujian yang di harungi pasangan tersebut selama mana mereka menyandang gelaran tunang. ok jelas semua murid murid? hehe

ok hari ni kita dah tahu pasal kencing manis dan darah manis. dua dua tu berbeza kan? sekarang kita tutup pasal manis manis tu. kita buka cerita lain.

ceritanya begini...

mengikut perkiraan aku, dalam tahun ni sahaja aku sudah terlibat dengan dua kemalangan yang hampir meragut nyawa. kali pertama pada awal tahun, kali kedua, pada hari ke 13 kita berpuasa.

yang pertama, kereta aku terbabas di lebuh raya (kat genting sepah kalau tak silap aku) , masa dalam perjalanan ke KL.. malam tu hujan rintik rintik. tiba kat satu selekoh yang tak berapa tajam, kereta aku dengan tiba tibanya tergelincir. berpusing pusing ke kiri kekanan dan akhirnya berhenti selepas menghentam tembok konkrit. aku sekeluarga trauma. tapi alhamdulillah semuanya selamat. cuma kereta aku je yang cedera.

yang kedua, masa aku dalam perjalanan ke tempat kerja. pagi lepas subuh aku bertolak. aku akui kelajuan itu menjadi salah satu punca. aku memotong lori panjang. laju. masa tu keadaan berkabus. dan tak semena mena kereta aku mengelongsor bagaikan berada di atas kepingan salji yang licin. masa tu aku tak sedar yang kat depan ada kerja penurapan jalan. dan singbord atau tanda amaran langsung tak kelihatan. mungkin di lindungi kabus. aku kira jauh jugak aku bergelut ke kiri dan kekanan melawan pusingan. akhirnya kereta aku kaku selepas melanggar tiang besi di tepi jalan. kali ni kereta aku mengalami kecederaan agak parah. tapi alhamdulillah aku selamat.

lepas kejadian, aku tel mak aku. tidak lama kemudia, tersebarlah cerita aku eksident ke seluruh keluarga. aku di hujani panggilan telefon dari kakak aku, adik, sedara sedara. dan aku tertarik dengan ungkapan pak sedara aku guna. 'darah manis'. secara peribadi, aku memang tak tahu maksud darah manis sebelum ni. aku tak ambik kisah pun. tapi lepas 2,3 orang selalu sebut pasal tu, aku pun terambik kisah. yang terbaru kawan aku pulak yang cakap aku berdarah manis. eh mana korang tahu aku berdarah manis? dah rasa ke?


~TAMMAT~

mak: munir..kenape tangan tu..

munir: luka mak.. kena pisau kat sekolah tadi.

mak: ish kamu ni. selalu sangat main pisau..

munir: tak pe la mak..ni cikgu rozita dah balut ni.. siap hisap lagi darah munir.dia cakap darah munir manis.

mak: @#$%^



moral: hati hati selalu...



dah tahu pasal boye besar, anjing telinga panjang dan tanaman gergasi?

14 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

meh isap sket nak rase...
heeee...

p/s:
cekgu tue bahaya tue... heee....

HEROICzero said...

lepas baca dialog yg last tu , aku dah xtau nak cakap apa . hahaha .


jaga diri . =)

Khairul Antasha said...

ni btl2 punya darah manis ni..

:D

Cik TeN10 said...

meh sini drakula plak nk try rasa darah tu betul manis ke masam2 manis..

btw alhamdulillah la wlpn cedera tp masih selamat kan.. lepas ni hati-hati.. kena selalu beringat.. dan yg penting jgn lupa baca doa naik kenderaan ea.. :)

Waqheh said...

cikgu tu pontianak...nape munir tak hisap balik...

maCy said...

err.. munir waktu tu kecil2 lagi kan?

err bdw siapa yg kena kencing manis biasanya urin memang dikejar semut.. huhu

Cikgu Jaja™ said...

wahh dh bertunang..patutlah darah manis :)

Bidadari Syurga said...

amboi dialog... noty nooooo

zati embong said...

biasa org yg tengah bertunang d panggil darah manis.

kan kan?

M a W a D D a H said...

dah tunang ke...bile nk langsung tu..

fadh leyanie said...

darah tak halal la..haha

Tukang Karut said...

jat tu pun darah manis gak tu... aku pun... muhahaha...

hanaahmad said...

yang aku tau org yang dekat nak kawen je yang berdarah manis ni. ke kau dah nak kawen? kih3

uncle hyree said...

uncle dah masuk kelab darah manis hihihi