Sunday, May 27, 2012

Sedih


mencari bayang di dalam bayang, merungkai seribu rahsia yang terpendam, robek hati di siat dan di gali, tapi sayang tak siapa yang mengerti.

"kerana hidup ini sebuah perjalanan, aku dia dan kalian adalah turut sama berjalan. menempuh hari hari yang datang dan berlari.kadangkala jatuh lemah dan mati, namum kita masih lagi di beri masa, untuk di uji dan di cuba akan segala kekuatan yang ada - daya dan tenaga yang di pinjam seketika."

dan yang paling menyedihkan, saat kita berputus asa dari rahmat tuhan, sedangkan kita tahu...dia itu amat maha penyayang, kerana dengannya, kita sentiasa ada peluang, selagi kita masih di beri kesempatan, sebelum di tutup segala pintu harapan.  pohonlah ampun atas segala kesilapan; mengakui semua dosa dan kealpaan..

"tuhan.. banyak dosa yang telah aku lakukan.. aku mohon ampun atas segala kelalaian... ampunkan aku tuhan..ampunkan kami.. ampunkan kami..."



3 comments:

fiqas said...

kita sentiasa diuji.. dan kita sentiasa diberi peluang untuk bangkit kembali..

aliza said...

jangan sedih lama2.. jom bw ke blog akak.... yupp rugi kalau kita bersedih dengan rahmat-Nya, sepatutnya kita wajib mensyukurinya kan,...

Iam Areuz said...

giler punya ayat
sukar dijangka ....