Tuesday, December 2, 2014

kau kini tiada


mencuri waktu
untuk ku terbang kesana
mengintai dibalik awan kelabu
terlihat kau di sana.
duduk dan termanggu
bergenang air mata
dan alam pun terasa sayu
atas bebanan yang kau ada
namun tiada yang membantu
aku hanya melihat sahaja.
...awan pun menangis
membasahi hatimu yang sepi
dedaunan hijau melambai
memanggilmu ke arah sana...
hari kini berganti hari
bunga mekar mula mewangi
aku datang dan mencari
dirimu ditempat biasa
namun tiada apa yang ada
bangku kosong tidak berpunya
mungkin kau sudah lupa
untuk datang dan mengadu di sini
atau mungkin kau sudah tiada
sejak hari terakhir kita berjumpa


4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Muncul yang tiba-tiba. Lama menghilang atau kakak yg tertinggal jejak?

shameel Iskandar said...

rindunya pada bait-bait indah sahabat.

Selamat kembali menulis buat sahabat.

si para para said...

ada kak.. tapi tak kelihatan..mungkin sebab dunia dah berubah, atau mungkin saya yang tak sedar bertukar arah.

si para para said...

terima kasih sahabat lama..