Tuesday, February 15, 2011

HARIMAU MALAYA KE MELAYU?



entri lepas MENTANG MINYAK YANG SALAH, aku ada masalah dengan si Z..tapi sekarang alhamdulliah..aku dah kembali ok..tapi tak la macam dulu..cakap pun ada batas..tak bergurau macam dulu..tapi tak apa.aku rela begini daripada bermasam muka..kita kena ingat.kalau kita tak tegur orang tu lebih dari 3 hari, dosa kan..aku ibaratkan persahabatan aku dengan dia macam sekeping kertas yang aku renyuk dan aku buka semula..

kertas tu takkan sma macam dulu lagi walaupun kertas tu kertas yg sama

petang tadi elok sangat kita kiranya bermain bola di taman bunga..tapi yang hebat aku tak tahu apa tujuan aku main bola...adakah untuk menjaringkan gol atau untuk mengeluarkan peluh..aku tak pasti apa tugas aku..adakah seorang permain pertahanan atau pemain di bangku simpanan..aku masuk dalam padang dan aku sepak bola sesuka hati..mungkin di sebabkan itu aku cuma pernah manjaringkan gol sebanyak sekali dalam beberapa bulan aku bermain bola...

hidup kena ada matlamat dan tujuan hidup

betul..hidup kita kena ada tujuan dan matlamat..apa tujuan kita hidup...mestinya untuk mengabdikan diri kepadanya..setiap amalan dan perbuatan mestilah berlandaskan agama..kalau berblog, kena selit sikit ilmu yang berguna.soal ada yang baca ke tidak no 2..yang penting kita kena lakukan amal maarof dan nahi mungkar. betul kan.

dan matlamat hidup kita secara kasar adalah untuk berjaya di dunia dan diakhirat..aku percaya setiap orang ada matlamat hidup..dan matlamat kita berbeza.aku tak nak sentuh yang tu.korang boleh tetapkan sendiri matlamat hidup korang kan..aku pun sama..

hidup tanpa matlamat ibarat air teh tiada gula

dan hari tu aku main bola..dengar la perbualan budak budak ni..oh ye aku main bola dengan budak budak sekolah..dan aku tiap hari di permaikan oleh mereka..mereka semua pandai main bola..ok balik kepada budak budak tadi..mereka cakap pasal keputusan peperiksaan dan mereka bangga sebab tak lulus subjek subjek susah macam matematik tambahaban dan lain lain..

sebenarnya tak pelik..aku dulu pn begitu..rasa bangga bila matematik tambah aku dapat G..semua pakat pakat gelak..aku tak tahu kenapa..tapi sekarang bila fikir balik kenapa aku macam tu eh..macam bengong je..sekarang bila dah besar baru aku tahu betapa ruginya aku tak belajar betul betul...

menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemudian tak ada guna

memang tepat penyataan tu..sekarang memang tak ada guna...tapi aku masih bersyukur sebab tak terus jatuh.Ok dah la tu..err kejap..akhir akhir ni aku selalu post entri yang panjang panjang..korang bosan tak baca...mesti bosan kan...sebab aku tengok makin lama makin tak ada orang masuk kat sini. apa guna tulis panjang panjang kalau tak ada orang baca kan.aku pun fikir dua kali nak baca ke tak,hahaha

last, tajuk dan gambar kat atas tu tak ada kena mengena dengan entri ni ye..buat penyedap mata je tu.hehe

err kenapa tak letak harimau malaysia ke harimau melayu ke..hehe


p/s: nak entri lagi panjang ke lagi pendek?

13 comments:

khairul hisyam said...

gua baca. hoho; kita kenalah ada tujuan hidup :)

khairul hisyam said...

aku dah berblog 3 tahun bro; takde orang baca. lagi tegar berblogging. haha

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

hehehe ingatkan nak blog pasal bola..baru nak komen.
but I prefer Harimau Malaya

KUREKURE COMEL said...

alhamdulillah..akhirnye dh ok dgn z tu....


dulu mina pun bangga gk add math dpt
G...hehehe...sbb rse susah sgt...

tp bila blajor kt poli...bru tau add math tu sonang yo...hehehe

si para para said...

@khairul hisyam

betul tu..tujuan hidup kena ada baru lah hidup kita ada tujuan..betul kan..

si para para said...

@khairul hisyam

wah semangat kental mcm ni la yang kita nak...

si para para said...

@Nazsabrina Iman Zulfikar

hehe bola jugak tu kan..

kenapa tak letak harimau malaysia ke harimau melayu ke..hehe

si para para said...

@KUREKURE COMEL

tu la..masa tu tak matang lagi kot..hehe

tapi sekarang rasa susah lagi jugak.haha

white rose said...

hahaha...
ko ni cepat putus asa...

dah2, main je bola tu dgn bebudak tu...

tak jadi masalah...

aku lebih suke main dgn budak2 dari org dewasa...

org dewasa punyai emosi yg sangat kritikal...
budak2 rileks je...

hahaha...

shaukimaravilla said...

takpe beb..aku suka blog ni,simple but nice..part yg aku suka,bila kertas yg dah renyuk tu takkan sama lagi walaupun kita dah bukak balik..frenship memang cmtu kadang2..kita la pandai2 kena jaga hubungan..

Miecyber said...

Zaman dah berubah...

Adegan merokok di haramkan di China

Wuucin Kimora said...

di ringkas kan.. huhuhu

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

mcm karangan spm beb...