aku sesat di tengah terangnya lampu
mencari arah yang harus aku tuju
bukannya tiada papan tanda
cuma keliru mana satu yang utama
menelusuri lebuhraya waktu
aku mengejar cita cita palsu
tersenyum puas bila berjaya
tapi sayang semua itu tiada guna
berpusing di bulatan kehidupan
menahan diri dari segala ujian
jalan berbatu aku teruskan
moga tercapai segala harapan
kemalangan memang tidak berbau
harus waspada hati hati selalu
kesesakan hidup atasi segera
menyesal nanti tidak berguna
aku pening dengan dunia
semakin di ikut semakin terleka
aku berhenti sampai di sini
bimbang nanti terbunuh diri
p/s: err mood jalanraya tak habis lagi..hehe
30 comments:
Bagai melihat kupu2..
Terbang tanpa tuju..
Singgah tapi keliru..
Kosong, sunyi..diburu..
stress wooo...hehehehe....
sesat teruk la ni...sabau2...
hihihi....
bagus sekali tulis 2 maksud. hehehe
gps mane?
aku yakin BM ko A1 dulu...hehehe...cool!!
Koleksi Foto Yang Membelitkan Minda
lampu membuatkan rumah ku terang..hahha..
BERHATI HATILAH DIJALAN RAYA...
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG...
segalanya harus dan tetap akan dihadapi...
give me ur email...something 'kado' untuk kamu.
berhati hati di jalan raya
simpang sio... banyok jalan tu yang keliru
lampu lampu yang menyuluh silau
dan berpandukan bunyi bunyi yang bingar
menjadi keliru, lebih2 lagi bila hujan
berhati2lah dalam memandu hidup
dan bila kelekaan itu sendiri yang membunuh? =)
xkn sampai terbunuh diri...
tetapkan iman di hati..
Apakah cahaya yg kelam
atau hati yang suram
membuat perjalanan terganggu
ranjau jalanan teramat sulit
bingung meninjau
memilih jalan yg mana satu.
awak,,u r the best la..mcm mana awk hasilkan sajak dgn senang ek??hampir setiap entry yg awk buat,,alief rasa semua dlm bentuk puisi...kagum sekejap..peace..
@A.s.t.i.n.a
nice :)
@KUREKURE COMEL
dekat sejam macam tu la jem..stress giler.time nak cepat tu la jadi jem
@khairul hisyam
cuba bermain dengan ayat :)
@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
gps? waaa aku mana ada benda tu..waaa
@Anikimaro
haha BM aku..boleh la.hehe
@bunga
lampu juga buat rumah kita gelap time tak ada lektrik.hehe
@white rose
ingat..ingat.. :)
@ghost writer
betul tu...memang kena hadapi jugak..harus..
:)
@Nazsabrina Iman Zulfikar
TQ :)
@cemomoi
tu la..silap sikit tak leh nak U turn..
@e. indah
betul tu e...
jangan kemalang sudah..dan jangan tersalah arah..
@HEROICzero
betul tu..biasanya kelekaan diri itu yang membunuh
@cik fiza
kelalaian membunuh..
lalai ketika memandu..
lalai ketika hidup..
mintak jauh.
@Kakzakie
mungkin kerana kelalaian..
atau kerana keliru...
@aLieF si Muncung ManiS
sebenarnya tak senang jugak alief..ada yang senang ada yang susah..
:)
Post a Comment