klik gambar untuk SANTAI |
jarum. semua orang kenal jarum. jarum peniti. jarum jahit baju. jarum cucuk orang. jarum ape lagi ye..haa mami jarum. lada jarum. dan banyak lagi.
mungkin sejak kecik lagi aku tak suka jaram. tapi masa aku masih baby dulu, tak ingat la pulak aku suka ke tak kat beliau. tapi aku agak memang tak suka la. korang suka ke? hehe
kali pertama aku bermusuh dengan jarum masa aku sekolah menengah. masa tu kita kena cucuk apa eh. lupa pulak aku BCG kan. aku takut giler. muka pucat macam nampak raksasa. last last aku kena paksa jugak cucuk benda tu. aku sangat malu. sebab yang cucuk tu kak kak misi. oh masa tu aku sekolah agama. semua laki. dan perempuan tu macam makhluk asing bagi aku. tapi cekgu pempuan aku rasa tak asing pulak. pelik jugak kan. mungkin aku tak balirgh lagi kot masa tu..
lepas tu aku kena cucuk lagi. emm masa tu aku sakit. lupa sakit apa. masuk hospital. masuk kat bilik kecemasan. M.A nak ambik darah. besar giler dia punya jarum. mungkin jarum tu la yang orang guna untuk injek gajah. sekali masuk kat pergelangan tangan ni, aku dah layu. tapi aku tak pengsang lagi masa tu. oh aku lupa. masa tu cucuk untuk masuk air. lepas tu aku duduk atas kerusi roda. ahh apa orang panggil benda tu. lupa lagi. aku tak leh jalan. sebab hampir pitam bila kena cucuk. sakit wooo.. eh jap, pitam ngan pengsang sama je kan..
masak wad. masa tu seminggu jugak aku duduk hospital. hari hari misi ambik darah aku. lepas kiri, kanan. pastu tukar pulak. nak nangis pun ada. tapi kena buat macho sikit. kan misi cun yang ambik. tahan.. tapi dalam hati ni dah macam macam. rasa nak jerit je. sakit tu..
masa kat sekolah lagi. time derma darah. masa tu kat sekolah agama jugak. tapi dah campur laki pempuan. malu la beb laki tak pergi derma darah. maklum la masa tu puteri idaman ada. jadi kena la tunjuk keperihatinan sikit.hehe bila misi cucuk je aku dah jerit. ambik kau satu dewan dengar. malu beb. jatuh saham aku 50sen masa tu. kenapa cucuk kuat sangat.. sakit ni... aku tutup muka masa tu.haha
time aku prektikal. kat hospital. aku buat persediaan. dah siap kena la kemas balik. masa tu jarum memang banyak la. aku nak buang dalam tong kuning tu. tup tup satu batang jarum jatuh atas kaki aku. terpacak wa cakap lu. aku ingat tak tembus la. sebab dah pakai banyak lapis masa tu. dan tak rasa sakit pun. ambik kau bila bukak je stoken..err dia tak panggil stoken benda tu. oh aku lupa lagi. bila buka je.. nahh kau darah dah tersembur sembur kat situ. banyak. nasib baik aku "kuat" masa tu.
pastu time aku mula dapat kerja. kena cucuk vaksin h1n1. gila.. aka dah lari. tapi misi bagi aku borang suruh isi. aku ambik borang, aku buat diam je. tak isi. esok tu dia tanya aku. borang dah isi ke? ahh sudah. petang tu dia paksa jugak aku cucuk. masuk bilik, semua pempuan. misi cun cun pulak tu. dia tegur. nape muka nampak pucat je. gila tak pucat. jarum tu nape g tayang depan aku. dah la aircond sejuk tahap kutub utara. nah aku kena cucuk sedas lagi. lepas je misi tu cabut jarum, aku terus keluar. tobat aku tak nak masuk bilik tu lagi. esoknya, misi misi tu "nganjing". malu siot. aku buat muka sposen je. dua tiga hari jugak lenguh lenguh kat bahu. lagi pedih bila jadi bahan kat misi misi tu.
terbaru. aku kena buat pemeriksaan kesihatan. kena cucuk lagi. ambik darah. ahh sudah. kena lagi. masa tu buat kerja dah macam apa ntah. tak senang duduk. esoknya aku pagi pagi lagi dah serah diri. apa nak jadi, jadi la.. sekali cucuk. nah kau... aku mintak MC dua hari. tapi haram.. sehari pun dia tak bagi.
oh dah malam.. patut la rasa pedih pedih je mata ni. dah nak kena titik ni. nak tido awal. esok pagi kena pergi kursus. lusa pun. mungkin aku tak post entri dalam sehari dua lepas ni. sory sebab tak dapat terjah blog korang. ada masa aku terjah balik.
eh..tapi sebenarnya tak sakit pun kan kena cucuk.. tapi, aku bila tengok jarum je dah kecut perut. adakah ini namanya alergik jarum? hmmm
p/s: jom derma darah.haha
oh ni bukan cerita kelakar sangat. tapi ni cerita realiti aku. kelakar ke? ce kabo.. ce kabo..
aku pernah mengarut kat entri lepas pasal jarum. dan CikGadis yang repuest entri pasal jarum. jadi aku buat sekali dengan contest. aci kan.hehe
54 comments:
*senyum tak perlu kata apa*
:)
seriusly aku seorang yang takut jarum.. hehe
xpernah derma darah n sgt takut hokey...
hehehe...
hahaha gaya2 penakut jugak =)
hehehe comel la kamu ni...jarum pun leh takut
aku rasa ni cerita takut campur seram nie...hahahaha...
dah besar pun takut jarum? aiyyaaa...hahahaha...
pitam ngan pengsan xsama...pitam tu sebelum pengsan...hahaha...betul ker....:p
teringat aku masa gi kedai kat KL..masa tu aku tingkatan berapa ntah...aku cakap la kat tuan kedai tu nak beli lada jarum...dia ingat aku nak beli jarum...haha...pengsan aku....
contest approved!!! nantikan keputusannya...:)
hahaha...sengal la dia ni...
mina pun tak bpe suka...
dpt pulak kalau jarum yg besar2..hehehe....
mmg alergic betul siparapara ni..kahkahkah...
Assalamualaikum Para,
Paling ngeri bila kena cucuk insulin masa masuk wad beberapa bulan dulu. 3 kali sari pulak tu.
Demi untuk hidup, akak tahan jugak.
nk derme darah gak tp berat kurang...hehe...
mesti dah banyak lubang kat badan ni
Lor..jarum tu anggap je mcm semut bole?? Hehehe
banyak gile ko dan jarum pya kisah.. haha... apa la kaitan hidup ko ngan jarum.. haha
nampaknya jarum dgn awak ni dah kira sebati dan serasi yer. hahaha.
saya jua ada pengalaman kena operation dulu, gara2 kena apendik ( ntah betul atau tidak ejaannya). Dua bulan lepas, anak mmeber pulak meninggal sewaktu dlm perjalkana cuti2 ke krabi Thailand krn apendik. Nasib baik dpt kesan tynm kt perlis, tapi tak dpt disleamatkan.
ex tka takut jarumm..
walaupun die tu laki, xd mknenye die nk cover macho.. die jerit je macam bese..
ade skali tu kan.. nurse nk cucuk die, die boleh jerit
"Dokter tolong ade org gile kat sini.."
dokter pun dtg tau.. ish3, segan gile.. hahahaha...
kalo sy.. lagi nak tengok org tu cucuk adalah.. hehehe...
aku prnh gok kena suntik.. masa kena penyakit ellergic yang melampau.. haha
Sama la kita..hakhak...
Aku x p skul mase semua budak kena suntik ape tah...babtu mudah dpt penyakit kot..huhuh..
ala tkut ah citer pasal jarum :(
ok, saya pun takut jarum juga..
sikit lah..
Lor jarum pun takut ka..aiyooo
aku sebenarnya tidak takut pada jarum suntikan tapi aku lebih takutkan pada orang yang akan melakukannya..
dulu jat allergic,tetibe je,xtahu knapa
pas2 g klinik uni nk amek ubat,sbb dah tensen sgt jat ckp kat doc,doc cucuk jelah sy.haha
lpas je kena cucuk,jat selamat pngsan kat situ jgak.cpat betul effect ubat dia.mesti ubat paling tnggi dia bg jat.haha
hahah. kelakar la para2 ni. macy ta takut jarum.
operate dua kali. both ok la time na amek darah n cucuk masuk air.
tapi time dia inject ubat kt salur ubt tu. peh. sakit oh!
Aku memang agak gentar dengan jarum juga. tapi mungkin kerana phobia aku terhadap darah. dalam hidup aku darah aku diambil hanya sekali sahaja seumur hidup.
gudluck abangg :) takut jarum ea ? hehe , azza sempoi jaa kena cucuk, adat lah tuu , hehe , catch u back here :)
@Khairul Antasha
:)
@NICK IRFAN
hehe siap la ko nanti nick...
@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
haha bersedia la ceroi untuk derma darah..
@HEROICzero
hehe ada gaya je.hehe
@Nazsabrina Iman Zulfikar
err tapi jarum tu sangat tajam,sebab tu takut..hehe
@M a W a D D a H
haha boleh pulak tokey tu tersalah...
oh mungkin orang KL tak panggil lada jarum kan...
diaorang panggil cili apai.err betul kah?
@M a W a D D a H
:)
@KUREKURE COMEL
hehe biar mina mimpi kena cucuk ngan jarum besaou punya.haha
@Kunang-Kunang
oh jarum insulin tu kecik dan pendek je kak. cuma sampai kat lapisan lemak je. kalau yang tu dah sakit, yang besau punya lagi la.hehe
@Naddia
eleh alasan je tu kan..kan..hehe
@cemomoi
err lubang tu dah tutup balik.hehe
@Wahidah
err semut..saya takut jugak kat samut. macam mana tu..hehe
@Cekodok
hehe jarum tu musuh aku tau.. tak suka.hihi
@shameel Iskandar
hentam je..betul dah tu.hehe
oh ye ke..emm tiap yang hidup pasti mati kan. bila tiba masa..
salam takziah.
@Ic3 Juli3tt3 a.k.a Akit
hehe klaka...
tu la..kalau dah takut, tak ada maknanya nk control2..hehe
@Faaein Himura
oh anda sorang yang berani..caya la..hehe
@Monster Globalisasi
haha ko memang melampau..opss bukan ko.. tapi ko punya alergik.hehe
@Cik SHiNJU
oh tu tahap dewa takut tu sampai tak pergi sekolah.hehe
@alinac lover
hehe nape takut.ce citer,ce citer.
@Nadia Mashuri
tak kita..sama je..takut jugak.hehe
@Wahidah
hehe saya ni golongan yang lemah lembut.opsss hehe
@ghost writer
err kenapa pulak macam tu..kalau awek yang cucuk macam mana bisk?hehe
@zati embong
hehe yang pengsang tu buka sebab ubat jat.sebab takut eh.hehe
@skandaLdariLangit
hehe takut sikit je ska..hehe
oh yang tu memang sakit. kita dapat rasa kan ubat tu masuk dalam tubuh kita..eee ngeri
@KHRLHSYM
hehe bab darah jgm cerita lagi.haha aku pun takut darah..
sekali? emmm tapi kalau nak kawin memang kena ambik darah kan.hehe
dah ke belum?
@Azza Firza
TQ dik.hehe
takut sikit2 je
:)
aku belum kahwin lagi la. masih dara lagi u. awww~ haha
gila kau boleh jerit satu dewan. haha. bapak malu. tapi takpela, benda dulu, dulu2 sudah habis. aku yakin sekarang kau mesti membesar sebagai lelaki macho dan berani kan.
Post a Comment